Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah meluluskan 4.98 juta permohonan i-Citra setakat 31 Ogos lalu, membabitkan kadar pengeluaran berjumlah RM20.58 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, memaklumkan daripada jumlah itu, sebanyak RM4.71 bilion atau 23 peratus daripada kadar diluluskan, sudah dikreditkan kepada pemohon.

“Baki amaun pengeluaran akan dikreditkan kepada ahli berdasarkan jadual bayaran yang telah ditetapkan bagi pengeluaran i-Citra.

“Pembayaran terakhir i-Citra adalah pada bulan Februari 2022,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang bertanya apakah status terkini program i-Citra yang dilaksanakan pada Julai lalu.

Inisiatif i-Citra yang diperkenalkan KWSP, membolehkan ahli berusia bawah 55 tahun mengeluarkan simpanan sehingga RM5,000, tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun 1 dan Akaun 2.

Ahli perlu mengekalkan baki minimum sebanyak RM100 dalam Akaun 1.

Jumlah pengeluaran diluluskan akan dibayar secara berkala sehingga lima kali bayaran bulanan sebanyak RM1,000 sebulan.

Zafrul memaklumkan, permohonan i-Citra dibuka kepada ahli pada 12 Julai sehingga 30 September lalu, dan pembayaran pertama dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula Ogos. – BH Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hak Peribadi Masing-Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid – PM

KUALA LUMPUR : Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Tiap Bulan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri akan...

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan...

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

K’jaan Digesa Bawa Masuk Jururawat Asing

Kekurangan jururawat pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini di hospital swasta dan...

Tengku Zafrul Di Qatar, Tak Hadir Mesyuarat Khas Kabinet

PUTRAJAYA : Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

Siti Bainun Dimasukkan Ke Hospital Akibat Pneumonia, Hempedu

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama bela diri, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa...