• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Ambil Tindakan Ajaran Menghasut, Cetus Rasa Takut Rakyat

oleh
01/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tindakan akan diambil terhadap individu dan pengikut ajaran yang mendakwa kononnya Perang Dunia Ketiga akan bermula di Sabah jika dakwaan itu didapati mempunyai unsur menghasut dan boleh menimbulkan perasaan gusar serta takut dalam kalangan masyarakat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata agensi bertanggungjawab di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan, termasuk menghasut.

“Tindakan juga boleh diambil terhadap pihak yang melakukan kesalahan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Kalau melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang contohnya undang-undang pencetakan, kita boleh ambil tindakan dari sudut itu.

“Kalau hasut sehingga menyebabkan orang ramai berasa tidak selesa dan cuba lari dari negara kita, itu sesuatu yang boleh menimbulkan perasaan gusar dan takut. Kita boleh ambil tindakan, mungkin melalui Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA),” katanya.

Bercakap pada sidang media pertamanya selepas dilantik semula menerajui KDN, di sini hari ini, beliau berkata, tindakan akan diambil terhadap semua yang terbabit, termasuk penjawat awam.

Hamzah mengulas laporan media mengenai tindakan seorang wanita berusia 39 tahun mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah yang rakaman videonya tular di laman sosial, baru-baru ini.

“Ada bermacam-macam manusia. Kalau orang yang keluarkan perkataan menakutkan, PDRM (Polis Diraja Malaysia) akan ambil tindakan sewajarnya. Jadi kita tengoklah, terhadap pengikut (tindakannya) lain, yang menghasut pun lain, kita akan perhatikan tindakan mana yang wajar untuk diambil terhadap mereka,” katanya.

Wanita terbabit dikaitkan dengan usaha mengembangkan ajaran diasaskannya yang dipercayai bertentangan dengan ajaran Islam. Individu itu menggunakan media sosial seperti Facebook (FB), YouTube dan Telegram sejak enam bulan lalu untuk berkongsi pelbagai dakwaan dan ramalan pelik. – BH Online

Tags: KDNmenghasutPDRMperang dunia ketigaSOSMA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 45 laporan berhubung isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya. Laporan...

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

20/10/2025
0

MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengutip 3,409 saman trafik tertunggak bernilai RM415,510 menerusi kempen diskaun 50 peratus sempena Program Madani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd