• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Semula Gaji Minimum Diperhalusi

oleh
22/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Teknikal Perundangan Gaji Negara (JTPGN) sedang memperhalusi dan menganalisis semua dapatan kajian semula gaji minimum, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim.

Beliau berkata, laporan dapatan kajian akan dibentang dan dibahaskan di peringkat Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) sebelum disyor dan dikemukakan untuk pertimbangan serta persetujuan kerajaan.

Beliau berkata, Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui MPGN menjalankan enam sesi libat urus mengikut zon yang dihadiri 209 persatuan majikan, 93 kesatuan sekerja dan empat NGO mengenai kajian semula gaji minimum setakat 1 September lepas.

“KSM juga telah mengedarkan borang kaji selidik kepada sampel kajian yang ditetapkan iaitu 1,996 responden majikan dan 1,996 responden pekerja serta melaksanakan ‘Kajian Persepsi Orang Awam Mengenai Perintah Gaji Minimum 2020’ melalui portal KSM.

“Jumlah responden ialah 239 terdiri daripada 177 pekerja (74.2 peratus), 25 majikan (10.5 peratus) dan 37 responden lain (pencari kerja dan orang awam) bersamaan dengan 15.7 peratus,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) yang meminta penjelasan mengenai tahap pelunasan komitmen kerajaan serta perincian usaha setakat ini dalam kajian semula gaji minimum.

Sementara itu, menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) mengenai langkah bagi menangani kes pengangguran dalam kalangan rakyat, Awang berkata, kadar pengangguran rakyat Malaysia turun 0.3 peratus daripada 5.1 peratus pada suku kedua 2020 kepada 4.8 peratus pada suku kedua 2021.

Beliau berkata, data MyFutureJobs yang diperoleh sehingga September ini mencatatkan sejumlah 1,574,327 peluang pekerjaan pelbagai kategori disediakan dalam portal itu manakala seramai 636,613 orang pencari kerja sedang mencari pekerjaan dan daripada jumlah itu seramai 217,356 individu berjaya mendapat padanan pekerjaan.

Kerajaan juga, katanya, mengumumkan pelaksanaan pelbagai program bantuan dan pakej rangsangan sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

Antaranya Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) dan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih). – BERNAMA

Tags: Gaji MinimumJawatankuasa Teknikal Perundangan Gaji Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TNB Boleh Jadi Contoh Pelaksanaan Gaji Minimum Kepada Syarikat Lain

TNB Boleh Jadi Contoh Pelaksanaan Gaji Minimum Kepada Syarikat Lain

30/10/2024
0

Kuala Lumpur : Tenaga Nasional Berhad (TNB) dilihat sebagai kayu ukur terhadap pelaksanaan gaji minimum untuk diikuti syarikat lain apabila...

Gaji Minimum Bukan Gaji Permulaan Untuk Semua Pekerja – Sim

Gaji Minimum Bukan Gaji Permulaan Untuk Semua Pekerja – Sim

21/10/2024
1

Permaisuri : Kerajaan mengingatkan majikan supaya tidak menjadikan kadar gaji minimum yang baharu sebagai gaji permulaan kepada semua pekerja termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd