• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Terima 1.9 Juta Dos Vaksin Bulan Ini – TMJ

oleh
02/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim memaklumkan Johor akan menerima sebanyak 1.9 juta dos vaksin COVID-19 bulan ini.

Tunku Ismail dalam muat naik di akaun Facebook baginda, bertitah daripada jumlah dos vaksin itu sebanyak 1.76 juta adalah vaksin keluaran Pfizer dan BioNTech.

“Sukacita saya ingin maklumkan negeri Johor akan menerima 1.9 juta dos vaksin COVID-19 pada bulan ini. 

“Dengan jumlah dos ini, saya yakin seluruh bangsa Johor akan menerima vaksin tidak lama lagi. Bersama-sama kita doakan kejayaan program vaksinasi COVID-19,” titah baginda.

Isnin lalu, Tunku Ismail dilaporkan menitahkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu, menghadap baginda berhubung isu kekurangan vaksin di negeri itu.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan mengarahkan supaya kadar vaksinasi di enam negeri ditingkatkan melebihi 50 peratus menjelang hujung bulan ini.

Perdana Menteri berkata, negeri berkenaan terdiri Terengganu, Perak, Johor, Kelantan, Kedah dan Sabah masih mencatatkan kadar pemberian vaksin di bawah 50 peratus setakat ini.

Untuk rekod, hanya 47.8 peratus penduduk Johor sudah menerima dos vaksinasi lengkap, manakala 78.8 peratus penduduk negeri itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, semalam. – BH Online

Tags: JohorTMJTunku Ismail Sultan Ibrahimvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

10/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Lebih 5,000 jemaah membanjiri Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn bagi menyertai Program Semarak Subuh Perdana 2026,...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd