• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangkitan Harian COVID-19 Turun Bawah 1,000 Awal Disember

oleh
17/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah jangkitan harian COVID-19 di negara ini, dijangka boleh menurun di bawah 1,000 kes pada awal Disember depan, sekiranya imuniti kelompok berjaya dicapai menjelang 31 Oktober.

Ia berdasarkan Model Pemerhatian dan Jangkaan Kes Harian COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM), yang dimuat naik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, hari ini.

Model itu meramalkan jumlah kes COVID-19 akan menurun ke bawah 1,000 sehari jika 80 peratus populasi negara menerima dos lengkap vaksin COVID-19 pada hujung bulan depan, dengan anggaran purata keberkesanan vaksin sekitar 70 peratus.

Bagaimanapun, jika tempoh untuk vaksinasi lengkap mencecah 80 peratus populasi berlanjutan sehingga 31 Disember depan, jumlah kes harian diramalkan hanya menurun ke sekitar 3,000 menjelang hujung tahun ini.

KKM menerusi portal COVIDNOW, menjangkakan 80 peratus atau lebih 26.1 juta populasi negara akan lengkap divaksin menjelang 12 Disember depan, berdasarkan kapasiti suntikan semasa yang berlegar sekitar 200,000 dos sehari.

Ketika ini, jumlah purata kes harian bagi tempoh tujuh hari menunjukkan trend penurunan sejak hujung bulan lalu, selaras peningkatan kadar vaksinasi, khususnya di negeri yang memiliki penduduk yang ramai seperti Lembah Klang.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian bagi seluruh negara adalah 0.98 setakat semalam, sekali gus kekal di bawah 1.0 untuk 16 hari berturut-turut sejak 1 September.

Bagaimanapun, nilai Rt itu mencatat sedikit peningkatan berbanding kelmarin (0.97) dan Selasa (0.96).

Dr Noor Hisham berkata, sejumlah lapan negeri mencatatkan Rt melebihi purata kebangsaan, dengan nilai tertinggi direkodkan Sarawak iaitu 1.11.

Ia disusuli Perak (1.04), Terengganu (1.04), Perlis (1.03), Pahang (1.02), Pulau Pinang (1.01), Johor (1.01) dan Kelantan (1.0), selain Kuala Lumpur merekodkan Rt terendah dengan 0.82.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes COVID-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain. – BH Online

Tags: KKMpandemik COVID-19Rt Covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Agong, Permaisuri Adakan Lawatan Khas Ke UK Mulai Hari Ini

Next Post

76.8 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Vaksinasi Covid-19

Related Posts

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

82,637 Petugas Kesihatan KKM Dikecualikan Waktu Bekerja Syif

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memberi pengecualian kepada waktu bekerja syif bagi petugas kesihatan membabitkan lima skim perkhidmatan kritikal di...

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

08/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya tindakan segera dapat diambil untuk menempatkan petugas...

Next Post

76.8 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Vaksinasi Covid-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd