Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

China, AS Setuju CoC...

PUTRAJAYA – China dan Amerika Syarikat bersependapat bahawa rundingan Kod Tatalaku (CoC) di...

Daki Gunung Pakai Kasut...

MENDAKI pada ketinggian 1,345 meter di atas paras laut iaitu Gunung Ben Nevis...

Tempoh Permohonan E-Kad Tak...

PUTRAJAYA - Tempoh permohonan kad sementara atau Enforcement Card (E-Kad) yang membolehkan penggajian...

Singapura Gerakkan 2 Jet...

Pada jam 12.40 tengah hari tadi, pasukan Tentera Udara Republik Singapura telah mengerakkan...

Hampir 90 Peratus Populasi Dewasa Terima Vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR – Sebanyak 88.9 peratus atau 20,814,413 populasi dewasa Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan 69.6 peratus atau 16,299,881 populasi dewasa pula sudah melengkapkan suntikan vaksin berkenaan.

“Sebanyak 326,476 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” menurut JKJAV.

JKJAV turut memaklumkan jumlah keseluruhan pemberian vaksin setakat ini ialah sebanyak 37,071,789.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara. – BERNAMA

Kategori