• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ERL Beroperasi Semula 13 September Ini

oleh
09/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit kendalian Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan beroperasi semula secara perkhidmatan bergabung dari 6 pagi hingga 10.10 malam setiap hari, mulai 13 September.

ERL dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah tersebut adalah susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, yang membenarkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor untuk beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara.

Menurut kenyataan itu tren berkenaan akan bergerak setiap satu jam sepanjang tempoh operasi dan jadual tren akan disesuaikan kemudian mengikut pertambahan jumlah penumpang.

“Sempena pengoperasian semula ini, ERL sekali lagi menawarkan Kad Perjalanan Mingguan Percuma dengan setiap pembelian Kad Perjalanan Bulanan Transit KLIA menggunakan MyKad yang berdaftar. Promosi tersebut bermula serta-merta sehingga 30 November ini, bagi menggalakkan lebih ramai penumpang kembali ke pejabat dengan menaiki perkhidmatan awam setiap hari.

“Kad Perjalanan Bulanan itu menawarkan penjimatan besar kepada pengguna dengan diskaun yang tinggi iaitu sehingga 83 peratus,” menurut kenyataan itu.

Perkhidmatan tren ERL dihentikan sementara waktu bermula 4 Jun lalu apabila penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi susulan pelaksanaan sekatan penuh, selepas mendapat persetujuan Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat.

Sementara itu, kenyataan itu turut memaklumkan kini 99 peratus kakitangan ERL, termasuk 100 peratus petugas barisan hadapan dan operasi syarikat itu telah menerima vaksinasi lengkap dengan hanya segelitir belum berbuat demikian berikutan masalah kesihatan dan perubatan.

“Melalui vaksinasi penuh dan pembersihan harian yang teliti pada tren dan stesen, orang awam tidak perlu risau akan keselamatan mereka dan dapat menikmati pengalaman yang selesa ketika menaiki tren,” menurut kenyataan itu.

Jadual penuh tren dan perkembangan terkini mengenai langkah berjaga-jaga, boleh dimuat turun di laman web www.KLIAekspres.com atau Facebook KLIA Ekspres. – BERNAMA

Tags: ERLKLIA EkspresKLIA TransitPelan Pemulihan Negara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

19,307 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

Next Post

Ekonomi Lebih Kukuh, Kadar Pengangguran Berkurangan

Related Posts

Kekerapan Operasi Tren ERL Ditambah Mulai 1 Ogos

Kekerapan Operasi Tren ERL Ditambah Mulai 1 Ogos

28/07/2022
0

PUTRAJAYA – Bermula 1 Ogos ini, perkhidmatan rel khas KLIA Ekspres dan KLIA Transit akan menambah jumlah kekerapan operasi tren...

Urus Lengkapkan Inisiatif Kerajaan Bantu Golongan Paling Terjejas

14/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan menyifatkan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (Urus) sebagai melengkapkan inisiatif kerajaan dalam membantu golongan paling...

Next Post

Ekonomi Lebih Kukuh, Kadar Pengangguran Berkurangan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd