• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Betul Ke Pulau Pinang Masih Milik Kedah?

oleh
24/09/2021
dalam Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Dokumen dikatakan perjanjian antara Kedah dan Pulau Pinang yang dipamer kepada umum ketika ini, didakwa bukan bukti surat pajakan yang ditandatangani bersama Sultan Abdullah dan Francis Light pada 1786.

Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata, dokumen yang dipamerkan itu adalah sekadar cebisan surat membincangkan hal berkaitan pajakan Pulau Pinang sahaja.

Jelasnya, Sultan Abdullah dan Francis Light tidak pernah menandatangani apa-apa perjanjian atau surat pajakan berkaitan penyerahan Pulau Pinang daripada Kedah kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris ketika itu.

“Perkara ini sudah dijelaskan 50 tahun lalu oleh sejarawan R Bonney di dalam bukunya ‘Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence’ bahawa tidak ada perjanjian pajakan tetapi kita masih menggunakan naratif kolonial bahawa Pulau Pinang dipajak daripada Kedah.

“Dokumen perjanjian yang dipamerkan selama ini adalah tidak betul kerana itu sekadar perbincangan antara Sultan Kedah dan Francis Light sahaja, sepatutnya perkara ini dijelaskan kepada semua pihak bahawa tiada perjanjian pajakan sah dibuat antara kedua-duanya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Difahamkan, dokumen dikatakan perjanjian pajakan daripada Kedah terbabit ada dipamerkan di Muzium Pulau Pinang selain turut disimpan pihak Arkib Negara sebagai warisan negara.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Dr Ibrahim Bakar, mendesak kerajaan negeri mengadakan perbincangan serius bersama Kerajaan Pusat bagi mencapai persefahaman baharu termasuk mengambil kira kadar bayaran tahunan kepada Kedah.

Katanya, pihaknya mencadangkan naratif sejarah berkaitan Pulau Pinang perlu diperbetul supaya semua pihak memahami kedudukan sebenar hubungan Kedah dan Pulau Pinang yang banyak dipesongkan.

“Berpandukan hujah pada buku ‘Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence’, kami mendapati tidak ada satu perjanjian sah antara Kedah dan mana-mana pihak berhubung pendudukan Pulau Pinang.

“Berdasarkan hujah itu juga, kami mengambil pendirian menyokong kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang adalah hak milik Kedah yang sah sehingga kini,” katanya.

Muhammad Sanusi pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selasa lalu, mengingatkan Pulau Pinang adalah negeri yang dipajak Kedah selain meminta agar negeri itu tidak campur tangan dalam hal berkaitan negeri ini. – myMetro Online

Tags: KedahPulau Pinangsurat pajakan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

25/07/2026
0

PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan rakyat harus bersyukur kepada Allah S.W.T dengan pelbagai kejayaan yang...

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd