Monday, January 13, 2025

Creating liberating content

Bayi Perlu RM160,000 Untuk...

KOTA TINGGI - Muhammad Syaffiq Mohd. Saharuddin, bayi 8 bulan yang menghidap penyakit...

Pakistan Boikot Bollywood Protes...

ISLAMABAD - Sebahagian besar pawagam Pakistan serentak memulaukan filem Bollywood susulan tindakan tentera...

Tolak Politik Pinggir Quran,...

ALOR SETAR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa ahli parti...

Jawatankuasa Teliti Gejala Sosial...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Tindakan Khas Menangani Masalah Sosial Mahasiswa ditubuhkan bagi meneliti...

Agong Nasihat Semua Pihak Amalkan Demokrasi Bermusyawarah

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan semua pihak supaya mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan.

Justeru, Seri Paduka menyambut baik keterbukaan kerajaan memberi peluang kepada pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen untuk membabitkan diri dalam tadbir urus negara.

“Beta turut menyambut baik dan amat menghargai usaha-usaha ke arah merealisasikan pendekatan baharu kerjasama dwipartisan antara semua pihak yang bakal membentuk landskap politik baharu dan membawa perubahan dalam sistem pentadbiran negara,” titah Seri Paduka pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini.

Menyifatkan kematangan seumpama itu didambakan seluruh rakyat, Al-Sultan Abdullah bertitah perpaduan, kesepakatan dan kebersamaan yang erat bagaikan sebuah ‘Keluarga Malaysia’, negara akan dapat mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan.

“Ambillah nasihat pepatah Melayu lama yang berbunyi biduk lalu kiambang bertaut, sesungguhnya yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua,” titah Seri Paduka. – BERNAMA

Kategori