• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Berangkat Ke Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen

oleh
13/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Bangunan Parlimen pagi ini bagi Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 10 pagi disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Serentak dengan ketibaan Al-Sultan Abdullah, lagu ‘Negaraku’ dimainkan sebelum Seri Paduka berangkat ke Bilik Rehat Diraja.

Seri Paduka kemudian menyampaikan Titah Diraja.

Menurut takwim di laman rasmi Parlimen, persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 17 hari dan berakhir pada 12 Okt manakala Dewan Negara menyambung persidangan dari 4 hingga 26 Oktober depan.

Persidangan kali ini dijangka akan menumpukan kepada isu pemulihan negara susulan pandemik COVID-19 dan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) selain usaha transformasi Parlimen.

Persidangan Parlimen ditangguhkan sejak awal tahun ini ekoran pandemik Covid-19 yang turut menyaksikan perisytiharan darurat untuk seluruh negara pada 12 Jan dan berkuat kuasa hingga 1 Ogos dalam usaha mengekang penularan wabak itu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen bertemu pada sidang khas Dewan Rakyat, mesyuarat yang diadakan semasa Majlis dalam tangguhan pada 26 Julai lepas.

Namun, sidang khas yang sepatutnya berlangsung selama lima hari itu ditangguhkan selepas empat hari bersidang susulan perkembangan kes positif Covid-19 berlaku di Parlimen. – BERNAMA

Tags: Parlimenpersidangan dewan rakyatYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan esok bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd