• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Menteri Bincang Longgar SOP Menjelang Fasa Endemik

oleh
06/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan berbincang dengan tiga menteri Kabinet bagi membincangkan langkah penyesuaian dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) membendung penularan COVID-19 ketika negara menuju ke fasa endemik.

Katanya, menteri terbabit adalah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Hishammuddin berkata, perbincangan itu antara lain akan meneliti kelonggaran bersesuaian untuk dilaksanakan bagi membolehkan rakyat kembali menjalani kehidupan seharian yang lebih bebas dalam norma baharu.

“Saya akan memanggil ketiga-tiga menteri terbabit dalam masa terdekat untuk memulakan perbincangan secara terperinci bagi membuat keputusan bersama mengenai penyesuaian SOP dan bentuk kelonggaran SOP yang seterusnya dalam menuju fasa endemik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Khairy sebelum ini dilaporkan berkata, fasa endemik di Malaysia dijangka bermula pada akhir Oktober ini, dengan kadar imuniti kelompok diharap mencapai 80 peratus.

Bagaimanapun Hishammuddin berkata, kerajaan tetap menitikberatkan soal melindungi nyawa serta kesihatan rakyat disamping memastikan pengukuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat walaupun SOP dan kelonggaran baharu dilaksanakan kelak.

Beliau yang mengetuai usaha berkaitan pengurusan pandemik termasuk COVID-19 tetap mengarahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengemaskini SOP dan kelonggaran dipersetujui bersama oleh kementerian terbabit sebelum ini supaya ia lebih mudah difahami.

“Kelonggaran ini termasuklah kemungkinan membenarkan rakyat melakukan perjalanan rentas negeri bagi tujuan lebih pelbagai serta membuka lebih banyak sektor.

“Bagi menetapkan kelonggaran berkenaan, banyak faktor perlu diambil kira kerana ia membabitkan kesihatan rakyat dan keselamatan negara,” katanya. – BH Online

Tags: fasa endemikmenteri kabinetpandemik COVID-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih Banyak Bantuan Untuk Rakyat Selepas BKC – PM

Next Post

Nyahwarta Hutan Simpan, Mustahil PH Selangor Tak Tahu

Related Posts

Status Malaysia Masuk Fasa Endemik Bulan Depan

Status Malaysia Masuk Fasa Endemik Bulan Depan

30/05/2023
0

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyemak semula pengisytiharan kawasan tempat jangkitan di Malaysia pada pertengahan Jun ini dengan membuat penilaian...

Zuraida Masih Menteri Kabinet

28/05/2022
0

TOKYO : Datuk Zuraida Kamaruddin masih menteri Kabinet dan kedudukannya akan ditentukan selepas mereka mengadakan pertemuan, kata Perdana Menteri Datuk...

Next Post

Nyahwarta Hutan Simpan, Mustahil PH Selangor Tak Tahu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd