• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

369,280 Dos Vaksin COVID-19 Diberikan Semalam

oleh
03/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Trend pemberian vaksin COVID-19 harian mencatatkan penurunan apabila sebanyak 369,280 dos suntikan diberikan semalam, berbanding 398,134 dos, kelmarin.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 35,519,754 dos.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekala Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi ciapan di Twitter hari ini, memaklumkan angka itu membabitkan 181,635 dos pertama daripada pelalian dua dos, manakala 187,645 dos lengkap diberikan semalam.

Populasi keseluruhan di Malaysia lengkap divaksinasi pula meningkat kepada 47.2 peratus atau 15,429,3000 individu, manakala 61.6 peratus atau 20,115,233 orang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos pelalian itu.

Populasi dewasa sudah lengkap divaksinasi juga meningkat kepada 65.9 peratus atau 15,429,300 individu, manakala yang menerima sekurang-kurangnya satu dos pula direkodkan sebanyak 85.9 peratus atau 20,115,233 orang.

Perkongsian sama turut menyaksikan Labuan mendahului senarai peratusan keseluruhan populasi lengkap divaksinasi dengan 65.2 peratus.

Ia disusuli Lembah Klang yang merekodkan 68.8 peratus, diikuti Sarawak (63.3 peratus); Negeri Sembilan (58.3 peratus) dan Perlis (49.2 peratus); Pulau Pinang (45.5 peratus) dan Melaka (43.7 peratus).

Pahang pula hanya mencatatkan 37 peratus; disusuli Perak (36.3 peratus); Johor (35.9 peratus); Kedah (33.7 peratus); Terengganu (33.8 peratus); Kelantan (30.9 peratus) dan Sabah (29.3 peratus).

JKJAV dalam ciapannya, malam tadi turut memaklumkan 96.5 peratus daripada 412,000 guru di seluruh negara sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 83.5 peratus lagi sudah lengkap vaksinasi.

BH sebelum ini, melaporkan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Mat Saad, berkata kelonggaran rentas negeri akan dibincangkan selepas kadar vaksinasi di setiap negeri melepasi 40 peratus. – BH Online

Tags: JKJAVPICKvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd