• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Minggu Buat Persediaan Sekolah Di Negeri Beralih Fasa PPN

oleh
15/09/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberikan tempoh sekurang-kurangnya dua minggu kepada sekolah di negeri beralih fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk membuat persediaan sebelum dibuka.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kementeriannya akan mengeluarkan kenyataan dan pemakluman berhubung tarikh pembukaan sekolah berkenaan.

“Katakanlah sebuah negeri beralih fasa, kita memberikan sekurang-kurangnya tempoh 14 hari untuk membuat persediaan walaupun pengumuman dibuat dua hari sebelum peralihan.

“Sebagai contoh, Negeri Sembilan yang kini di Fasa 3 beralih kepada Fasa 4, kita akan bagi tempoh dua minggu dari tarikh negeri berkenaan beralih fasa.

“Kita akan maklumkan dan mengeluarkan kenyataan bila tarikh persekolahan itu akan bermula,” katanya pada rancangan Soal Rakyat Khas Pengoperasian Sekolah secara langsung di TV3, malam tadi.

Ditanya mengenai pengoperasian sekolah di kawasan Program Gelembung Pelancongan, Radzi berkata, institusi pendidikan itu akan dibuka mengikut ketetapan dalam Fasa 4 PPN.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Bagi kawasan ini, kita akan ikut ketetapan pembukaan sekolah Fasa 4 PPN, sebab Fasa 4 adalah di mana semua sektor dibuka.

“Jadi dalam konteks Langkawi ini, kita ikut Fasa 4, kita akan maklumkan pada ibu bapa bila sekolah dalam kawasan berkenaan akan dibuka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi menegaskan keputusan KPM membuka sekolah bersemuka secara berperingkat mulai 3 Oktober ini adalah untuk mengeratkan kembali pelajar yang dengan sistem pendidikan negara.

Menurutnya, sudah terlalu lama murid dan pelajar tidak dapat hadir dan dilihat semakin renggang dengan sistem persekolahan.

“Dalam konteks hari ini, kita ingin buka sekolah dalam keadaan selamat. Kita melihat semua faktor dan keselamatan untuk memastikan ekosistem dalam sekolah itu semuanya divaksinkan termasuk guru, pentadbir, kakitangan sokongan dan sebagainya.

“Kalau kita buka (sekolah) tahun depan, ini bermakna mereka meninggalkan sistem persekolahan itu cukup panjang dan terlalu lama.

“Ada anak yang terlalu renggang dengan sekolah, ada yang berfikir nak bekerja untuk bantu ibu bapa.

“Saya ingin menegaskan kami di KPM memikul amanah untuk jaga lebih lima juta murid dan ini amanah besar serta perlu ditanggung dengan penuh ikhlas,” katanya. – myMetro Online

Tags: Kementerian PendidikanPelan Pemulihan NegaraSesi Persekolahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pakar pendidikan, Anuar Ahmad mengingatkan kepimpinan pendidikan di pelbagai peringkat supaya berhati-hati terhadap kelompok yang...

Kementerian Pendidikan Garis 7 Langkah Tangani Beban Tugas Guru

Kementerian Pendidikan Garis 7 Langkah Tangani Beban Tugas Guru

10/07/2025
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menggariskan tujuh langkah bagi mengurangkan beban tugas guru termasuk memansuhkan acara tidak berimpak tinggi dan melantik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd