• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usul Undi Percaya Dibentang 7 September

oleh
12/08/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Tarikh terkini bagi membentangkan undi percaya di Parlimen adalah pada 7 September dan bukannya 18 Ogos seperti didakwa, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Saifudin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang berkata, Setiausaha Dewan Rakyat sudah pun menyerahkan notis pemberitahuan kepada semua ahli Parlimen mengenai perkara berkenaan.

“Buat masa ini, itulah (7 September) tarikh rasmi yang diterima mengikut kepada jadual.

“Usul undi percaya itu akan dibawa sama ada oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau menteri lain yang akan diarahkan oleh Kabinet,” katanya dalam sidang akhbar selepas sesi turun padang secara maya bersama Agensi CyberSecurity Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan ada usaha untuk mempercepat usul undi percaya terhadap Perdana Menteri dibentangkan pada 18 Ogos ini.

Saifudin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, semua parti dalam PN terus istiqamah menyatakan sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

“Malam tadi pun, saya tidak terlibat dalam perjumpaan bersama Perdana Menteri. Itu perjumpaan dalam kalangan ketua-ketua parti dalam PN sebab saya bukan dalam kalangan pimpinan utama,” katanya.

Menurutnya, Perdana Menteri sebaik sahaja menjawat jawatan nombor satu dalam Kerajaan Persekutuan telah menyatakan bahawa beliau akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) secepat mungkin.

“Namun, fokus utama ketika ini adalah perlu diseimbangkan dari segi memerangi pandemik Covid-19 dan juga memulihkan semula ekonomi agar dapat berjalan seperti biasa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Dewan RakyatPerdana Menteriperikatan nasionalusul undi percaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

Harga Diesel Negara Jiran Kini Lebih Rendah Berbanding Malaysia – Takiyuddin

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga diesel di negara jiran iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam kini lebih rendah berbanding Malaysia yang merupakan...

Harus Terima Kenyataan Bahawa Keadaan Tidak Seperti Biasa – PM

Harus Terima Kenyataan Bahawa Keadaan Tidak Seperti Biasa – PM

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ramai pemimpin negara dunia berpendapat konflik di Asia Barat akan menjadi lebih parah dan mengambil masa yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd