Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Ambil Tindakan Pada Portal...

KUALA LUMPUR -- Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menggesa Suruhanjaya Komunikasi...

Pusat Tahfiz Akan Beroperasi...

KUALA LUMPUR - Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di...

3 Pemandu Didenda Salah...

REMBAU - Tiga pemandu yang dikesan menggunakan lorong kecemasan di sepanjang Lebuhraya Utara...

1,278 Kes Baru, Dua...

Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sebanyak 1,278 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah...

Sultan Johor Beri Amaran Tak Akan Teragak-Agak Bubarkan DUN

ISKANDAR PUTERI – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memberi amaran baginda tidak akan teragak-agak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor jika berlaku cubaan menjatuhkan kerajaan negeri sedia ada.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda tidak akan melayan permainan politik mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor yang terus bertelagah sampai mengganggu negeri dan kerajaan.

Baginda turut mengingatkan Speaker DUN Johor, Suhaizan Kayat supaya menjalankan kerja dengan baik dalam mengawal perjalanan persidangan kali ini.

“Jika berlaku keadaan yang menjatuhkan kerajaan saya sekarang, maka saya tidak teragak-agak untuk membubarkan DUN Johor. Saya rasa tidak perlu ada wakil rakyat jika masing-masing hanya fikirkan tentang kedudukan sendiri bukannya kepentingan rakyat.

“Apabila keadaan Covid-19 terkawal, saya akan serahkan kepada rakyat untuk memilih ahli dewan yang baharu. Selepas ini, pilihlah betul-betul pemimpin yang jujur dan ikhlas mahu berkhidmat untuk masyarakat,” titah baginda. 

Baginda turut mengingatkan wakil rakyat supaya tidak menjadikan Persidangan DUN yang bermula hari ini sebagai medan perbalahan politik dan perebutan kuasa.

Sultan Johor bertitah demikian ketika bertitah pada pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat DUN Johor ke-14, hari ini.

Sementara itu, Sultan Johor turut melahirkan kebimbangan dengan keadaan terkini penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat.


“Keadaan ini amat membimbangkan saya, tambahan ada varian Covid-19 baharu yang lebih mudah berjangkit dan cepat merebak sehingga meragut nyawa pesakit.

“Oleh itu, semua rakyat dinasihatkan supaya lebih berhati-hati, kurangkan pergerakan keluar rumah dan sentiasa mengamalkan pencegahan yang disyorkan oleh kerajaan.

“Persidangan dewan kali ini juga hendaklah dibuat dengan berhati-hati. Pastikan semua yang hadir harus mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan penilaian risiko kesihatan hendaklah dibuat setiap hari. Jika ada ancaman risiko tinggi, saya minta Speaker tangguhkan sidang dewan ini,” titah baginda.

Dalam pada itu, Sultan Johor menitahkan kerajaan negeri bekerja keras membangunkan semula ekonomi Johor termasuk membantu peniaga selain menarik pelabur luar supaya banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan.

“Kerajaan negeri perlu membuat dasar baharu yang mesra pelabur dengan insentiflebih menarik supaya pelabur datang ke Johor,” titah baginda. – myMetro Online

Kategori