• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sampel Kes Positif Di Parlimen Berkemungkinan Varian Delta

oleh
02/08/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat sampel kes positif COVID-19 yang diperoleh hasil saringan di Parlimen pada Khamis lalu kemungkinan besar adalah varian Delta.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, melalui hasil ujian genotip (Allplex SARS-CoV-2 Variants II Assay) menggunakan platform Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang dapat memberikan hasil tepat untuk varian membimbangkan (VOC) dalam tempoh empat jam.

“Hasil daripada PCR Genotyping Assay, semua empat sampel menunjukkan mutasi pada spike protein yang dikenal pasti wujud pada varian Delta atau varian Kappa.

“Namun, berdasarkan VOC yang sedang menular dalam komuniti, ia berkemungkinan besar adalah varian Delta,” katanya di Facebook beliau malam tadi.

Beliau berkata, ujian menggunakan genotip PCR itu dilakukan memandangkan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) juga sedang menjalankan analisis jujukan genom penuh (WGS) ke atas empat sampel terbabit, namun ia mengambil tempoh sekitar lapan hingga 14 hari untuk disempurnakan.

“IMR sudah menerima empat sampel RT PCR kes positif COVID-19 hasil saringan dijalankan di Parlimen untuk analisis jujukan genom penuh (whole genomic sequencing).

“Sampel-sampel ini sudah diterima daripada Makmal Kesihatan Awam Sungai Buloh,” katanya.

Beliau berkata, kajian klinikal di luar negara dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah melaporkan kes yang dijangkiti varian Delta mempunyai kandungan virus 1,200 kali lebih tinggi, berbanding kes yang dijangkiti dengan varian biasa (non-VOC).

Terdahulu, dalam kenyataan petang tadi, Dr Noor Hisham turut memaklumkan seramai 2,093 individu sudah disaring sebelum sidang khas Dewan Rakyat bermula dan 56 kes positif dikesan. – BH Online

Tags: pandemik COVID-19ParlimenVarian Delta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan esok bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd