• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir 50 peratus Populasi Lengkap 2 Dos Vaksin

oleh
17/08/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 11,060,317 orang atau 47.2 peratus populasi dewasa sudah menerima dua dos suntikan lengkap, setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19-19 (JKJAV), memaklumkan daripada jumlah itu seramai 17,252,314 orang atau 73.7 peratus sudah menerima suntikan pertama.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 28,312,631 dos,” katanya menerusi perkongsian infografik di twitter, hari ini.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 501,776 dos, semalam dengan 175,874 individu sudah mendapat dos pertama dan 325,902 menerima dos kedua.

Setakat semalam, Labuan mencatatkan populasi dewasa tertinggi menerima vaksin iaitu seramai 61,188 orang atau 89.2 peratus sudah menerima dua dos, manakala 68,029 individu atau 99.3 sudah mendapatkan suntikan dos pertama.

Ia diikuti Sarawak, dengan 1,664,749 orang atau 81.5 peratus populasi dewasa negeri sudah mendapat dua dos suntikan dan 1,822,036 orang atau 89.2 peratus menerima dos pertama.

Lembah Klang (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor) pula mencatatkan 4,246,315 orang atau 68.9 peratus sudah menerima dua dos suntikan dan 4,246,315 orang mendapat dos pertama.

Negeri Sembilan mencatatkan 525,078 orang atau 64.5 peratus menerima dua dos sementara 689,753 lagi menerima dos pertama.

Perlis pula mencatatkan seramai 100,003 atau 55.2 peratus rakyat negerinya mendapat dua dos dan 133,148 lagi atau 73.5 peratus menerima dos pertama.

Setakat ini, Melaka mencatatkan 40.5 peratus atau 274,679 populasi dewasa menerima dua dos, diikuti Pulau Pinang (521,268 orang atau 38.1 peratus); Terengganu (293,319 orang atau 36.3 peratus); Perak (674,718 orang atau 36.2 peratus); Pahang (393,669 orang atau 33.5 peratus) dan Kedah (489,987 orang atau 31.8 peratus).

Selain itu, Kelantan, Johor dan Sabah masing-masing mendapatkan di bawah 30 peratus penduduk dewasa menerima dua dos iaitu masing-masing Kelantan (369,533 orang atau 29.9 peratus), Johor (794,195 orang atau 29.3 peratus) dan Sabah (651,616 orang atau 23.6 peratus).

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara. – BH Online

Tags: JKJAVKKMPICKvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd