• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bimbing Orang Awam Kaedah Betul Guna Kit Ujian Kendiri Covid-19

oleh
03/08/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang awam yang menjalankan ujian kendiri Covid-19 perlu dibimbing oleh pengamal perubatan semasa menjalankan ujian tersebut bagi mendapat keputusan yang tepat.

Timbalan Pengarah Institut Kajian, Pembangunan dan Inovasi, International Medical University (IMU), Profesor Dr Azizi Ayob berkata, walaupun secara umum manual yang disediakan dalam kit ujian kendiri mudah difahami, namun orang awam masih perlu mendapatkan pandangan daripada pakar mengenai teknik yang betul bagi mengelakkan berlaku keputusan negatif palsu mahupun positif palsu.

“Ini kerana dalam sebarang ujian kemungkinan berlaku kesilapan adalah tinggi iaitu ketika pengambilan sampel air liur, menjalankan ujian dan juga sewaktu intepretasi keputusan. Jadi bagi mengurangkan kesilapan ini bimbingan masih perlu diberikan,” katanya.

Beliau turut menyarankan supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meningkatkan kesedaran mengenai kaedah penggunaan kit ujian kendiri Covid-19 yang betul, bagi memastikan keputusan yang diterima tepat dan prosedur keselamatan tidak diabaikan.

Selain itu, beliau berkata, walaupun bersifat kendiri, pengguna juga perlu dididik mengenai langkah keselamatan dan kebersihan semasa menjalankan ujian supaya tiada individu lain yang terdedah memandangkan pengendalian sampel itu melibatkan virus yang berbahaya dan boleh membawa maut.

Mengulas lanjut, Dr Azizi berkata, kaedah keselamatan tidak perlu terlalu rigid seperti memakai peralatan perlindungan diri (PPE) sebagaimana diamalkan di hospital dan klinik namun perlu memastikan individu yang menjalankan ujian tidak menjadi punca infeksi kepada orang lain.

“Ini termasuk mengurangkan pendedahan kepada umum dengan menjalankan ujian di bilik khas, memakai sarung tangan dan pensaniasi tangan serta melupuskan kit ujian dengan cara terbaik bagi memastikan virus tidak merebak.

“Oleh kerana ujian ini dilakukan di rumah masing-masing, cara yang praktikal untuk pelupusan ialah dengan menggunakan dua lapisan plastik sampah bagi setiap individu dan dibungkus dengan ketat sebelum dibuang,”katanya.

Bagaimanapun, Dr Azizi berkata tiada arahan yang spesifik dikeluarkan untuk kit ujian ini sebagaimana yang dilakukan oleh premis makmal dan kesihatan iaitu kesemua bahan ujian klinikal perlu mematuhi keselamatan kaedah penghapusan yang ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau berkata orang awam perlu mempunyai disiplin kendiri yang tinggi terutama apabila mendapat keputusan ujian positif Covid-19 dengan memaklumkan kepada pihak berwajib, membuat pengesanan kontak dan menjalankan isolasi.

Dr Azizi yang juga Presiden Ikatan Pertubuhan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) meminta pesakit melaporkan terus kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah, klinik atau hospital berdekatan sekiranya gejala bertambah teruk untuk mendapatkan rawatan segera.

Sementara itu, Pakar Kesihatan Pekerjaan dan Kesihatan Am, Hospital Pakar Kasih Cyberjaya, Dr Hanafiah Bashirun pula mencadangkan KKM mengeluarkan video manual kaedah dan langkah keselamatan menggunakan kit ujian itu sebagai gambaran lebih jelas kepada orang awam.

Beliau juga beranggapan kit ujian kendiri ini dapat membantu meringankan beban pihak hospital, klinik dan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) yang berdepan dengan ratusan ribu sampel yang perlu diproses setiap hari.

Dr Hanafiah juga mahu kerajaan mengawal pembelian kit ujian secara dalam talian bagi memastikan hanya produk yang mendapat kelulusan KKM dijual kepada umum.

“Ini bagi memastikan tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan apabila permintaan kit ujian kendiri ini meningkat kelak,” katanya. – BERNAMA

Tags: kit ujian kendiri covid-19KKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd