Monday, October 2, 2023

Creating liberating content

Percayakah Anda Lukisan Macam...

TAHUKAH anda, lukisan yang sangat `simple’ dengan dua warna ini berjaya dijual pada...

Penyokong Kedah, Pulau Pinang...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memohon penyokong skuad hijau kuning dan...

Wanita Kerugian 127,000 Ditipu...

KUANTAN - Gara-gara terlalu percaya akan rakan lelakinya, seorang wanita berusia 30 tahun...

Budak Sakit Kulit Teruk...

AKIBAT memakai alat solek murah, seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menanggung kesakitan radang kulit yang teruk...

Zahid Panggil MP UMNO Tandatangan Surat Tarik Diri Daripada PN

PETALING JAYA – UMNO Pusat sedang memanggil ahli parlimennya secara berperingkat untuk mendapat perakuan bersama meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum 1 Ogos.

Sumber parti yang layak dipercayai memberitahu Utusan Malaysia, lebih 10 ahli-ahli parlimen yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dipanggil menemui Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang turut dihadiri Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan di pejabat UMNO.

“Presiden dengan timbalan bercadang mengemukakan satu usul kepada Ahli Majlis Tertinggi supaya UMNO tarik sokongan daripada kerajaan dalam masa terdekat.

“Alasan mereka, sudah sampai masa UMNO perlu ketuai walaupun ramai berpendapat sekarang bukan masa yang sesuai,” katanya ketika dihubungi.

Jelas sumber lagi, tindakan pucuk pimpinan memanggil beberapa ahli majlis tertinggi secara berperingkat kerana kekangan waktu kini yang tidak boleh mengadakan sebarang mesyuarat.

“Jadi mereka telah memanggil beberapa MT untuk nyatakan persetujuan. Kalau setuju bermakna mereka perlu tandatangan dengan cadangan itu.

“Ada yang tidak bersetuju sebab nak menjayakan cadangan Majlis Kerja Tertinggi ini adalah ahli parlimen. Kalau ahli parlimen tidak tarik sokongan dari kerajaan PN, bermakna keputusan MT itu tidak ada kesan,” ujarnya lagi.

Secara jelas, tindakan pucuk pimpinan UMNO itu bertentangan dengan kenyataan Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menegaskan UMNO akan kekal dengan PN sehingga Ogos ini susulan pandemik Covid-19 yang masih sukar dibendung. – UTUSAN ONLINE

Kategori