• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Varian Delta Boleh Merebak Dalam 15 Saat

oleh
15/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Varian baharu Delta boleh merebak dengan cepat dalam tempoh 15 saat, menyebabkan kes Covid-19 semakin meningkat di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan kes mula dikesan pada 26 Jun lalu.

Menurutnya, varian berkenaan merebak dengan cepat dengan nilai kebolehjangkitan (Rt) antara 5 hingga 8, berbanding varian lain iaitu nilai Rt sekitar 2.5 hingga 3.

“Sebelum ini, penilaian yang dilakukan terhadap kontak rapat kes positif mendapati mereka terdedah dalam tempoh 15 minit atau pada jarak kurang satu meter.

“Tapi varian baharu (Delta), jangkitan boleh berlaku dalam 15 saat saja dan jangkitan mengikut udara. Jangkitan lebih cepat berlaku di tempat sempit dan ruang pengudaraan tidak baik,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya hari ini.

Turut hadir Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Ketua Setiausaha Kesihatan, Datuk Mohd Shafiq Abdullah; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong dan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, varian Delta juga dikesan merebak di Labuan hasil penjujukan genom yang dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini.

Beliau berkata, kes meningkat mendadak sehingga 1,340 kes dalam masa seminggu dan disebabkan varian Delta yang menular dalam kalangan pekerja industri perkapalan.

“Kita laksanakan tindakan kesihatan awam dan memulakan pemberian vaksinasi dalam masa dua minggu.

“Kita lihat kes dapat dikawal dan hari ini hanya 26 kes dilaporkan di Labuan. Ini menunjukkan walaupun varian Delta menular, tapi apa yang penting adalah kita perlu tingkatkan vaksinasi,” katanya.

Katanya, ia membuktikan kawalan kesihatan awam dan vaksinasi berjaya membendung penularan jangkitan dalam komuniti. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMVarian Delta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

19/05/2026
0

PETALING JAYA, 19 Mei 2026 – Di sebalik kegembiraan menanti kelahiran cahaya mata, ramai ibu hamil mungkin tidak menyedari bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd