• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vaksin ‘Walk-In’ Untuk Yang Tercicir, Tiada Dokumen Diri

oleh
19/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Inisiatif suntikan vaksin COVID-19 tanpa janji temu (walk-in) yang diumumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin, Jumaat lalu adalah khusus untuk golongan tercicir dan belum mendapat janji temu masing-masing selepas 17 Julai.

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) berkata, inisiatif itu bukan untuk orang ramai yang diberikan janji temu masing-masing untuk mendapatkan suntikan vaksin dan golongan tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan.

“Individu di Kuala Lumpur dan Selangor yang sudah mendaftar sebelum ini akan diberikan janji temu dalam masa terdekat. Individu yang belum mendaftar, tetapi tiada kekangan untuk berbuat demikian, juga digalakkan untuk mendaftar untuk vaksinasi secepat mungkin,” kata CITF dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, satu mesej tersebar melalui aplikasi WhatsApp menyatakan bermula 1 Ogos ini, semua penduduk Selangor dan Kuala Lumpur yang berusia 18 tahun ke atas dan belum mendapat suntikan vaksin, boleh pergi ke mana-mana PPV tanpa perlu mempunyai janji temu untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Mesej ‘berantai’ itu turut menyenaraikan 50 PPV serta jenis vaksin disediakan di pusat terbabit.

Jumaat lalu, pada sidang media khas CITF secara maya, Khairy dilaporkan berkata, mereka yang maklumat diri tidak ada dalam sistem Jabatan Perangkaan, tetapi menetap di Selangor dan Kuala Lumpur, boleh mendapatkan imunisasi tanpa janji temu di semua PPV di negeri itu.

Ia termasuk mereka yang ketinggalan mendapatkan vaksin melalui PICK termasuk individu yang tidak memiliki dokumen pengenalan dan perjalanan.

Khairy dilaporkan berkata, inisiatif itu yang dilaksanakan selepas operasi peningkatan kapasiti bagi meningkatkan pemberian vaksin kepada mereka yang mendaftar sebelum ini, dijangka bermula pada 1 Ogos nanti.

Sementara itu, CITF berkata, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang akan beroperasi untuk tujuan ‘walk-in’ pada Ogos nanti akan dikemas kini dan dimaklumkan kelak, manakala PPV sedia ada tidak semestinya akan dibuka untuk inisiatif itu.

Berikutan itu, CITF meminta mereka yang sudah menerima janji temu vaksin untuk menghadiri janji temu pada tarikh dan lokasi PPV diberikan.

“Ini mengambil kira kemunculan varian baharu yang lebih ganas, kes COVID-19 yang tinggi dan keperluan untuk mendapat perlindungan melalui vaksin secepat mungkin,” katanya. – BH Online

Tags: Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF)vaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd