• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Tarik Balik Sokongan Kepada Kerajaan PN

oleh
08/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO memutuskan menarik diri dari Perikatan Nasional (PN) berkuatkuasa serta merta.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu diambil selepas memperhalusi dan mempertimbangkan garis panduan utama oleh Majlis Tertinggi pada 11 Mac 2020 ketika Umno memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, antara garis panduan itu adalah kerajaan harus segera menangani kelembapan ekonomi dan melakarkan pelan tindakan berkesan menangani pandemik Covid-19.

“Selepas diperhalusi garis panduan UMNO sebagai syarat memberikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah gagal dipenuhi dan memuaskan.

“Bagi memenuhi mandat sebulat suara perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2020, dan berpandukan tujuh kegagalan yang digariskan, maka tempoh memberikan sokongan kepada Muhyiddin ditarik balik dan ditamatkan serta merta.

“Justeru UMNO mendesak agar Tan Sri Muhyiddin berundur secara terhormat bagi membolehkan Perdana Menteri baharu dilantik secara terhormat.

“Perdana Menteri baharu diharapkan dapat menangani wabak Covid-19 dan program imunisasi dengan berkesan. Selepas dapat mengawal Covid-19, Perdana Menteri baharu perlu menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan pilihan raya dan memberikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan secara sah,”katanya.

Katanya, Majlis Tertinggi juga memutuskan tidak akan memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan dan DAP. – myMetro Online

Tags: perikatan nasionalUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – PAS perlu meneliti semula cadangan awal Perikatan Nasional (PN) bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri...

PM Anwar Sedang Sibuk Urus Negara, Yang Lain Sibuk Nak Tebuk Atap

PM Anwar Sedang Sibuk Urus Negara, Yang Lain Sibuk Nak Tebuk Atap

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru pulang dari Tokyo, Jepun dan sedang sibuk menguruskan negara bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd