• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Boleh Rakam Video, Gambar Ketika Disuntik Vaksin

oleh
23/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Penerima vaksin tidak dibenarkan merakam video ketika disuntik vaksin Covid-19 di pusat penerimaan vaksin (PPV) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, merakam video dan gambar tidak dapat dibenarkan kerana ia dikhuatiri boleh mengganggu kelancaran proses vaksinasi di PPV.

“Penerima vaksin digalakkan meminta petugas PPV menunjukkan picagari kepada mereka sebelum dan selepas suntikan dilakukan.

“Merakamkan video dan gambar di PPV memang tidak dibenarkan kerana boleh mengganggu kelancaran proses vaksinasi dan sudah terdapat tanda larangan diletakkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata demikian ketika mengulas gesaan beberapa pihak membenarkan orang ramai merakamkan gambar atau video ketika proses suntikan vaksin Covid-19.

Gesaan itu dipercayai susulan dakwaan berkaitan kandungan vaksin diberikan tidak cukup dos malah ada mendakwa disuntik picagari kosong.

Ahmad Amzad berkata, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) sudah mengarahkan petugas di PPV untuk menunjukkan picagari kepada setiap penerima sebelum dan selepas suntikan dilakukan.

“Langkah itu bertujuan memberi keyakinan kepada penerima bahawa suntikan diberikan benar-benar mengandungi vaksin Covid-19,” katanya. – myMetro Online

Tags: pusat penerimaan vaksinvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd