• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sesi Pagi Dewan Rakyat Ditangguh Lebih Awal

oleh
29/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perjalanan sidang khas Dewan Rakyat di sebelah pagi ditangguh lebih awal pada jam 12.45 tengah hari selepas ramai Ahli Parlimen bangun membuat gesaan sedemikian susulan kenyataan terbaru dikeluarkan Istana Negara.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, berkata, sidang pagi yang dihentikan sebelum jam 1 tengah hari itu akan disambung semula pada jam 2.30 petang ini.

Terdahulu, beliau memaklumkan penangguhan selama 15 minit dibawah peraturan mesyuarat 12(2), bagi membolehkan pihaknya meneliti kenyataan Istana Negara berhubung Proklamasi Darurat dan ordinan.

“Saya merujuk (di bawah Peraturan Mesyuarat) 12(2) iaitu untuk menangguhkan mesyuarat ini selama 15 minit untuk saya buat perbincangan,” katanya ketika sidang khas Dewan Rakyat hari ini.

Selepas tempoh 15 minit berakhir, Mohd Rashid membuat pemakluman menempohkan persidangan sehingga jam 1 tengah hari dan disambung semula sehingga jam 2.30 petang.

Terdahulu, Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) bangun meminta Mohd Rashid menangguhkan persidangan selepas keadaan Dewan gamat dengan desakan Ahli Parlimen meminta penjelasan berikutan kenyataan Istana Negara.

Dalam kenyataan itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan pengumuman kerajaan berkenaan pembatalan semua Ordinan Darurat kerana ia belum diperkenankan baginda.

Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang dipersetujui terdahulu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, iaitu cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan.

Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) yang bangun mencelah ketika suasana gamat, meminta sidang ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang.

“Tangguhlah sampai 2.30 petang. Kita tangguhkan dewan dulu. Kita semak dulu (kenyataan Istana Negara),”katanya sebelum disambut ramai Ahli Parlimen yang membuat gesaan sama.

Terdahulu, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bangun membacakan kenyataan penuh Istana Negara itu di Dewan dan menyifatkan ia satu pernyataan yang serius dan perlu diambil perhatian Dewan Rakyat.

Selesai Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berucap, Ahli Parlimen pembangkang mula berdiri menuntut Mohd Rashid membuat ketetapan, termasuk mengemuka usul di Dewan serta-merta untuk memanggil Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Takiyuddin menghadiri persidangan. – BH Online

Tags: ordinan daruratsidang khas parlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Usulkan Sidang Khas Parlimen Isu Harga Barang

PH Usulkan Sidang Khas Parlimen Isu Harga Barang

06/07/2022
0

JOHOR BAHRU : Pakatan Harapan (PH) mengusulkan supaya sidang Parlimen khas bagi membincangkan isu harga barang dan kos sara hidup...

Kerajaan Cadang Usul Ungkai Ordinan-Ordinan Darurat

25/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini membentangkan usul mengungkai ordinan-ordinan darurat bagi dibahas Ahli Parlimen dan digulung oleh kementerian berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd