• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rekod Baharu 553,871 Dos Suntikan Vaksin Semalam

oleh
28/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah pemberian vaksin harian di negara ini, terus mencatat lonjakan dengan merekodkan sejumlah 553,871 dos semalam, iaitu agihan tertinggi sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula 24 Februari lalu.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) melaporkan, daripada 553,871 dos yang disuntik semalam, 238,518 dos atau 43 peratus adalah kepada penerima di Lembah Klang.

Hasil pelaksanaan Operasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang sejak 21 Julai lalu, sejumlah 82.9 peratus populasi dewasa dalam kawasan berkenaan sudah menerima dos pertama, dan 29.7 peratus menerima dos kedua.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata hasil kejayaan suntikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin COVID-19 sudah diberikan di negara ini kepada 18,393,347 dos, merangkumi lebih 12.4 juta dos pertama dan 5.9 juta dos kedua.

Daripada jumlah itu, seramai 38.2 peratus populasi Malaysia sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19, dan 18.1 peratus sudah lengkap divaksin.

Secara purata mengikut negeri dan wilayah, populasi dewasa yang menerima dos lengkap vaksin COVID-19 didahului Labuan dengan 77.7 peratus, disusuli Sarawak (58.6 peratus), Perlis (39.1 peratus), Lembah Klang (29.7 peratus), Negeri Sembilan (26.7 peratus) dan Melaka (23.9 peratus).

Penjejak vaksin Bloomberg menganggarkan Malaysia perlu menyuntik 438,179 dos sehari untuk memastikan 75 peratus populasi negara menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 30 September depan.

“Jumlah pemberian vaksin COVID-19 sehingga 27 Julai ialah 18,393,347 dos, dengan 553,871 dos semalam, iaitu yang tertinggi setakat ini.

“Jumlah individu yang menerina dos pertama ialah 12,487,441 orang, manakala 5,905,906 orang telah menerima dos kedua,” kata Dr Adham menerusi Twitter, hari ini.

Lonjakan kadar pemberian vaksin harian itu membolehkan Malaysia mendahului beberapa negara maju bagi jumlah penerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin COVID-19 berbanding populasi negara.

Penasihat Khas (Teknologi) Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, Dimishtra Steven Sittampalam, berkata jumlah penerima dos pertama di Malaysia yang mencecah 38.2 peratus, kini mendahului Jepun, Korea Selatan dan Australia sejak beberapa hari lalu.

Statistik Our World in Data yang dikongsikan Dimishtra di Twitter menunjukkan Jepun di tangga kedua dengan 37.1 peratus, disusuli Korea Selatan (34.2 peratus), Australia (31.2 peratus), Thailand (17.6 peratus) dan Indonesia (16.6 peratus).

Data berkenaan juga menunjukkan jumlah pemberian dos pertama Malaysia mendahului purata pemberian dos pertama di Asia (27.5 peratus) dan dunia (27.5 peratus).

“Sejumlah 1,075,794 dos diberikan hanya dalam tempoh dua hari. Ia bermakna lebih tiga daripada setiap 100 individu hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk menerima vaksin,” katanya. – BH Online

Tags: JKJAVPICKvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Speaker Nafi 4 Ahli Parlimen BN Tukar Tempat Duduk

Next Post

Dr Noor Hisham Harap Akta Pencen Diteliti Semula

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

Next Post

Dr Noor Hisham Harap Akta Pencen Diteliti Semula

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd