• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Noor Hisham Harap Akta Pencen Diteliti Semula

oleh
28/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berharap pasukan petugas khas diterajui Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Kementerian Kesihatan (KKM) meneliti pindaan terhadap Akta Pencen bagi membolehkan pengambilan ke jawatan tetap dilakukan dengan pilihan caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam tempoh dua tahun untuk semua lanjutan kontrak yang diberikan kepada 23,000 doktor hari ini.

“Saya percaya semua Ahli Parlimen akan menyokong perkara ini dengan sepenuh hati seperti yang dapat disaksikan hari ini. Sementara menunggu pindaan itu, semua petugas kontrak masih boleh meneruskan pengajian mereka di peringkat Sarjana. Adalah menjadi harapan kami bahawa dalam tempoh dua tahun atau kurang, mereka akan diserap ke jawatan tetap di bawah skim KWSP.

“Ketika berjuang untuk mendapatkan persekitaran kerja dan masa depan yang lebih baik untuk petugas kontrak, kita mungkin menderita dan terluka.

“Saya lebih suka memilih penyelesaian baik melalui rundingan dengan pelbagai pihak berbanding mengadakan demonstrasi pada waktu-waktu yang sukar ini dan Perintah Kawalan Pergerakan di negara ini,” katanya dalam ciapan di Twitter semalam selepas ciapan beliau sebelum ini pada Julai 2019 disebut di Parlimen untuk menggesa penambahbaikan dalam Sistem Penjagaan Kesihatan dan menangani isu kebajikan doktor dan petugas kesihatan.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata ia adalah masalah yang tidak ada kesudahannya yang terpaksa dihadapi oleh doktor dan petugas kesihatan terbabit di negara ini sejak sekian lama. – BERNAMA

Tags: akta pencenDr Noor HishamKKMpetugas kontrak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd