• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Berbelah Bahagi Ambil Moratorium

oleh
07/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Permohonan untuk mendapatkan moratorium selama enam bulan telah mula dibuka hari ini namun ramai yang berasa berbelah bahagi untuk memohon kemudahan bayaran balik pinjaman itu.

Seorang pensyarah universiti swasta, Azliza Azrah berkata, walaupun masih mampu membayar ansuran pinjaman dia sedang mempertimbangkan untuk mengambil moratorium sebagai simpanan kecemasan.

“Saya sedang mempertimbangkannya sebagai simpanan kecemasan atau menggunakan wang yang sepatutnya membayar pinjaman untuk mengurangkan jumlah pinjaman kad kredit.

“Saya fikir pihak bank perlu memberikan ilustrasi yang lebih jelas dan telus tentang moratorium ini supaya masyarakat lebih memahami implikasi kepada pinjaman mereka selepas moratorium berakhir,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Di media sosial, ramai juga yang mengambil sikap tunggu dan lihat di samping mahu mengumpul maklumat serta memahaminya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

“Saya masih cukup belanja. Cuma perlukah saya ambil moratorium kali ni untuk beli mata wang kripto atau aset digital untuk pelaburan?,” soal Hasni Muda.

“Pening saya. Siapa boleh bantu terangkan secara ringkas dan tepat,” ujar John Labu.

Selain itu, ada juga yang mengambil sikap berkecuali dan menasihati peminjam lain supaya membuat keputusan berdasarkan situasi yang dihadapi mereka.

“Moratorium siapa hendak ambil silakan. Siapa tidak mahu ambil silakan bayar seperti biasa. Buat apa hendak gaduh-gaduh. Pilihan di tangan kita,” ulas Zack Rain.

“Kepada yang bergaji tetap terasa sesak bila sampai tengah bulan. Duduk rumah lagi banyak guna duit. Bukan besar mana gaji. Bila ada moratorium lega sikit. Bukan tidak mahu menyimpan tetapi keperluan harian lebih penting,” ujar Zamri Thalib.

Dalam pada itu, kebanyakan peminjam yang menyifatkan moratorium sebagai jalan keluar terakhir kepada masalah tekanan kewangan yang dihadapi.

“Yang terdesak terpaksa ambil lebih-lebih lagi jika pinjaman perumahan.Tak ambil rumah bakal tergadai, hilang tempat tinggal, sudahlah cuma ada rumah pertama. Kerja tiada. Pendapatan tiada,” ujar Samara Natasha.

“Saya terpaksa butakan mata untuk melihat keuntungan bank. Saya celikkan mata untuk mengambil moratorium. Keadaan sangat-sangat terdesak. Kami hanya ada satu pilihan iaitu moratorium,” ujar Aduka Putra.

“Saya tiada pilihan lain terpaksa ambil moratorium demi kelangsungan pengajian PhD (Ijazah Doktor Falsafah) saya,” komen Nor Azizuddin Abdul Manan. – K! ONLINE

Tags: bayaran balik pinjamanmoratorium
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Cukuplah Buat Pelbagai Spekulasi, Khabar Angin – Zahid

Next Post

Asyraf Wajdi Nafi UMNO Lobi Jawatan TPM

Related Posts

Tiga Bank Setuju Beri Moratorium Kepada Mangsa Banjir – PM

Tiga Bank Setuju Beri Moratorium Kepada Mangsa Banjir – PM

07/03/2023
0

Kuala Lumpur : Tiga buah bank bersetuju untuk memberikan moratorium sehingga enam bulan kepada mangsa banjir di Johor. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Panjangkan Semula Had Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Elak Rakyat Muflis – CUEPACS

Panjangkan Semula Had Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Elak Rakyat Muflis – CUEPACS

04/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan dan Bank Negara (BNM) disyor memanjangkan semula had tempoh bayaran balik pinjaman termasuk pembiayaan peribadi,...

Next Post

Asyraf Wajdi Nafi UMNO Lobi Jawatan TPM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd