• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masih Ramai Pesakit Kritikal Tak Dapat Ditempatkan Di Wad

oleh
05/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan masih ramai pesakit kritikal COVID-19 yang tidak dapat ditempatkan di wad kerana kesesakan dan kekurangan katil di wad mahupun Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pesakit yang tidak dapat ditempatkan di wad itu kini terpaksa diletakkan di Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital sekitar Lembah Klang.

Katanya, nasib yang sama turut menimpa pesakit COVID-19 dalam kategori 3 dan 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan mereka hanya dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang

“Jumlah pesakit COVID-19 termasuk yang disyaki atau berkemungkinan dijangkiti virus berkenaan masih tinggi dan tidak menunjukan penurunan khususnya di kawasan Lembah Klang.

“Sehingga kini seramai 1,224 pesakit COVID-19 termasuk individu yang disyaki dan berkemungkinan dijangkiti virus itu sudah dimasukan ke dalam ICU.

“Daripada jumlah yang dilaporkan itu lebih separuh atau 567 pesakit berada di Lembah Klang iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Bagaimanapun, masih ramai pesakit yang kritikal tidak dapat dimasukkan ke dalam wad,” katanya menerusi status Facebook, semalam.

Berikutan itu, Dr Noor Hisham berkata, beberapa langkah sudah diambil oleh pihak KKM bagi mengatasi masalah berkenaan seperti meningkatkan kapasiti Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi merawat pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, pihak HKL turut membuat penyumberluaran (outsourcing) dengan merujuk pesakit bukan COVID-19 dari hospital berkenaan ke hospital swasta yang berdekatan.

“Kita turut mempertingkatkan kapasiti merawat pesakit COVID-19 di Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) serta menjadikan Hospital Ampang sebagai hospital COVID-19 sepenuhnya seperti Hospital Sungai Buloh mulai 30 Jun lalu,” katanya.

Tambah Dr Noor Hisham, sehingga kini terdapat 17 hospital yang merawat pesakit COVID-19 di sekitar Lembah Klang.

Selain hospital yang dinyatakan, Dr Noor Hisham berkata turut membantu dalam merawat pesakit COVID-19 ialah Hospital Kajang, Hospital Banting, Hospital Shah Alam, Hospital Serdang dan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Enam hospital lagi ialah Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM), Hospital Rehabilitasi Cheras, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Canselor Tunku Mukhriz UKM dan Hospital Putrajaya,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi status yang sama Dr Noor Hisham turut berdoa supaya wabak COVID-19 akan berakhir segera dan berharap masyarakat terus diberi kekuatan untuk melawan virus berkenaan. – BH Online

Tags: KKMpesakit COVID-19unit rawatan rapi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd