• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Diramal Capai 24,000 Kes Positif Covid-19 Sehari

oleh
16/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia diramal akan mencapai tahap kemuncak penularan Covid-19 pada pertengahan September dengan 24,000 kes positif sehari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan unjuran, kadar kebolehjangkitan (RT) pada ketika itu adalah 1.2.

“Keberkesanan vaksin pula berada pada 75 peratus sekiranya kapasiti pemberian dos kedua adalah 100,000 sehari dan 80 peratus penduduk telah divaksinasi,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kes harian positif Covid-19 dijangka menurun di bawah 1,000 kes setiap hari pada Oktober.

Katanya, berdasarkan unjuran yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes akan terus meningkat sehingga 17,000 sehari pada pertengahan Ogos.

“Jika kita boleh laksanakan 150,000 dos sehari untuk dos kedua dengan 80 peratus keberkesanan vaksinasi, pada Oktober kes harian positif Covid-19 akan turun di bawah 1,000,” katanya.

Peningkatan kes positif Covid-19 direkodkan selama tiga hari berturut-turut sejak Selasa dengan kes tertinggi 13,215 dilaporkan pada Khamis.

Daripada jumlah itu sebanyak 12,684 kes yang dikesan adalah pesakit Covid-19 kategori satu dan dua manakala 531 pula adalah kategori tiga hingga lima. – Sinar Harian

Tags: Covid-19Dr Noor HishamKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd