• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ku Li Akui Anwar Ada Kualiti Jadi Pemimpin Negara

oleh
08/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kualiti untuk menjadi pemimpin negara.

Bagaimanapun beliau berkata, setiap individu mempunyai pandangan berbeza tentang pemimpin yang diingini.

“Saya rasa dia ada kualiti. Tapi ada orang mempunyai pandangan yang berlainan. Dia (Anwar) juga ramai pengikut. Tetapi pengikut ini kita tak boleh nak harap sangat. Hari ini dia okey dengan kita, esok dia tak okey dengan kita.

“Bergantung kepada apa yang kita bersuara, apa yang kita pegang sebagai perjuangan kita. Jadi, fikiran dia (pengikut) akan berubah-ubah. Tapi apa-apa pun Anwar is a good man dari segi leadership,” katanya pada program Bersama Ku Li yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Sebelum ini, berdasarkan kaji selidik Sinar Harian, Anwar menjadi pilihan utama netizen sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

Ia berikutan apabila beliau memperoleh peratusan tertinggi iaitu sebanyak 45.76 peratus diikuti Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan jumlah 24.54 peratus.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mendapat 14.55 peratus undian sementara Ahli Parlimen Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan di tangga keempat dengan 6.74 peratus.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar memperoleh sebanyak 4.57 peratus undian, manakala Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan 3.89 peratus. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimTengku Razaleigh Hamzah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ismail Sabri Dilantik Timbalan Perdana Menteri

Next Post

UMNO Tarik Balik Sokongan Kepada Kerajaan PN

Related Posts

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

Jabatan Peguam Negara Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah

03/06/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AGC) menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pengampunan Perdana Menteri,...

Anwar Tukar Peguam Kes Saman Seksual Yusoff Rawther

Anwar Tukar Peguam Kes Saman Seksual Yusoff Rawther

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menukar peguam yang mewakilinya dalam kes saman sivil difailkan oleh Muhammed Yusoff Rawther...

Next Post

UMNO Tarik Balik Sokongan Kepada Kerajaan PN

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd