• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Inokulasi Kedua Tertinggi Semalam

oleh
02/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 263,012 dos vaksin diberikan kepada penerima di seluruh negara, semalam, sekali gus menjadi kadar inokulasi kedua tertinggi yang pernah dicatatkan di negara ini.

Kadar inokulasi atau suntikan vaksin yang tertinggi pernah direkodkan dalam tempoh 24 jam ialah pada 24 Jun lalu, iaitu 268,604 dos.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) memaklumkan sebanyak 178,148 dos pertama vaksin diberikan kepada penerima semalam, manakala 84,864 suntikan bagi dos kedua.

Berdasarkan perangkaan keseluruhan, prestasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang kini memasuki bulan kelima, sejak dilaksanakan Februari lalu turut menyaksikan seramai 2,393,882 orang atau 7.3 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia sudah menerima dua dos suntikan lengkap vaksin.

“Setakat semalam, sebanyak 8,346,697 dos vaksin diagihkan dan 5,952,815 atau 18.2 peratus ialah dos pertama,”katanya menerusi infografik yang dimuat naik di Twitter, hari ini.

Sekiranya meneliti petunjuk digariskan Pelan Pemulihan Negara, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sudah mencapai satu daripada tiga prasyarat untuk beralih ke fasa kedua.

Hal itu kerana liputan vaksin lengkap dua dos di Perlis setakat semalam mencecah 16.3 peratus, Kuala Lumpur (11.8 peratus), Putrajaya (25.4 peratus) dan Labuan (16.4 peratus).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam dilaporkan berkata peralihan di antara fasa dalam Pelan Pemulihan Negara akan dibuat mengikut pencapaian di peringkat negeri dalam memenuhi setiap petunjuk yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Berdasarkan Pelan Pemulihan Negara, peralihan daripada fasa satu kepada fasa kedua perlu mencapai nilai ambang tiga petunjuk, iaitu jangkitan harian kurang 4,000 kes, kadar penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) pada paras sederhana dan liputan vaksin bagi populasi yang menerima dos lengkap ialah 10 peratus. – BH Online

Tags: JKJAVvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Analisis: Mental Masyarakat Semakin ‘Tenat’

Next Post

Zahid Panggil MP UMNO Tandatangan Surat Tarik Diri Daripada PN

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

Next Post

Zahid Panggil MP UMNO Tandatangan Surat Tarik Diri Daripada PN

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd