• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Segelintir Petugas Kesihatan Dijangkiti Selepas 2 Dos

oleh
16/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hanya segelintir petugas kesihatan dari Kementerian Kesihatan (KKM) yang melengkapkan dua dos suntikan vaksin telah dijangkiti virus COVID-19 kategori tiga dan empat, sementara tiada yang dijangkiti kategori lima, menurut data KKM dari 24 Februari hingga 14 Julai tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di Twitternya malam tadi, berkata data terkini diperoleh daripada ujian berkala menunjukkan, 3,106 (1.26 peratus) daripada keseluruhan 245,932 petugas kesihatan dijangkiti virus itu selepas melengkapkan suntikan vaksin, dengan masing-masing tiga (0.1 peratus) dalam kategori tiga dan empat (0.1 peratus) di kategori empat.

“Pernah suatu ketika, ramai tidak gembira dengan ciapan saya apabila saya menyentuh mengenai bilangan petugas kesihatan telah dijangkiti selepas lengkap dua dos vaksin. Ya, kamu masih boleh dijangkiti selepas lengkap dua dos vaksin tetapi tidak serius, kurang kemasukan ke hospital dan kematian.

“Percayalah vaksin, percaya data. Vaksin menyelamatkan nyawa dan selepas divaksinasi sepenuhnya kita boleh berdampingan dengan COVID-19,” katanya.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan Dr Noor Hisham, sebanyak 1,012 petugas kesihatan dirawat di bawah kategori satu yang mana tidak mengalami sebarang simptom; 2,088 (kategori dua-gejala ringan); tiga (kategori tiga-radang paru-paru); tiga (kategori empat – perlu oksigen) dan sifar dalam kategori lima (rawatan di unit rawatan rapi – ICU). – BERNAMA

Tags: Covid-19KKMpetugas kesihatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd