• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BPN Bantuan Tunai Terbesar Dalam Sejarah Negara

oleh
29/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bantuan Prihatin Nasional atau BPN berjumlah RM18 bilion yang memanfaatkan 11 juta penerima adalah bantuan tunai terbesar dalam sejarah negara. 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, buat pertama kalinya juga, kerajaan turut membantu isi rumah M40 yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalam Pergerakan (PKP) pada tahun lalu. 

Katanya, bantuan BPN banyak memberi kelegaan kepada rakyat malah ada juga yang menggunakannya sebagai modal untuk berniaga kecil-kecilan. 

“Kini, di bawah pakej Pemulih, kerajaan terus membantu rakyat kumpulan B40 dan M40 melalui tiga lagi program bantuan tunai iaitu Bantuan Prihatin Rakyat, Bantuan Khas Covid-19 dan Bantuan Kehilangan Pendapatan. 

“Bayaran di dalam separuh kedua tahun 2021 di bawah ketiga-tiga program ini bernilai RM10 bilion. 

“Insya-Allah, setiap bulan mulai bulan Julai hinggalah Disember, bantuan kerajaan adalah berterusan bagi mengurangkan kos sara hidup mereka,” katanya pada Sidang Khas Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, kerajaan komited untuk terus memastikan rakyat menikmati subsidi bahan api untuk pengisian petrol kenderaan, minyak masak dan tong gas LPG, di samping layak menikmati diskaun bil elektrik selama tiga bulan mulai bil bulan ini sehingga September nanti. 

“Mungkin ramai yang tidak sedar, kerajaan juga menurunkan kadar cukai pendapatan sebanyak satu mata peratusan bagi individu M40 serta had pelepasan cukai pendapatan bagi gaya hidup dinaikkan daripada RM2,500 kepada RM3,000,” katanya. – myMetro Online

Tags: Bantuan Kehilangan Pendapatanbantuan khas covid-19bantuan prihatin nasionalbantuan prihatin rakyatPEMULIH
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BKP Akan Diberikan Mulai Esok

25/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan diberikan secara 'one-off' mulai esok. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail...

Penerima BPR Terima Bayaran Mulai Hari Ini

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR, akan dikreditkan ke dalam akaun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd