Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

6 Anggota Bomba Lemas...

KUALA LUMPUR - Enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan...

Gara-Gara Ikan Toman, Laluan...

PENUNGGANG motosikal yang melalui Lebuhraya Persekutuan pada Jumaat digemparkan dengan kehadiran seekor ikan toman...

Jurujual Maut Dikelar Pencuri

Beijing - Seorang lelaki di wilayah Guangdong semalam mengelar leher seorang jurujual wanita...

Singapura Warta 4 Asrama...

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mewartakan sebuah lagi asrama pekerja asing sebagai...

Bantuan Perubatan Dari Arab Saudi Tiba Di Malaysia

KUALA LUMPUR – Kerajaan Arab Saudi menghantar tiga pesawat berisi bantuan peralatan perubatan ke Malaysia, hari ini dan semalam, dalam usaha membantu negara ini menangani jangkitan COVID-19.

Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau akan menerima sumbangan bantuan itu secara simbolik dan perincian jumlahnya daripada Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan tengah hari nanti.

“Baru lima hari lalu, Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman (Abdulaziz Al Saud) menitahkan supaya bantuan COVID-19 dihantar ke Malaysia.

“Semalam tiba di tanah air menerusi dua pesawat, manakala sebuah lagi akan tiba hari ini. Tiga pesawat Saudia Airlines dihantar kerajaan Arab Saudi untuk sampaikan sumbangan ini. Alhamdulillah, nanti saya kongsi perincian sumbangan kepada semua,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahad lalu, Kerajaan Arab Saudi dilaporkan bersetuju menyalurkan sumbangan kepada Malaysia, bagi membantu negara ini memerangi penularan pandemik COVID-19 yang semakin meruncing.


Bantuan daripada Arab Saudi itu antara lain, termasuk sumbangan dalam bentuk satu juta dos vaksin COVID-19 kepada Malaysia.

Hishammuddin dipetik berkata Raja Salman menitahkan Pusat Tindakan Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) supaya segera menyalurkan sumbangan peralatan perubatan dan sebarang keperluan kepada Malaysia. – BH Online

Kategori