• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Laksana Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjut Hingga 31 Disember

oleh
29/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penguatkuasaan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dilanjutkan bagi tempoh bermula 2 Ogos sehingga 31 Disember 2021.

Perkara tersebut dimaklumkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 21 Julai lalu atas nama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba yang memaklumkan pelanjutan kawasan tempat jangkitan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ia adalah pelanjutan daripada perintah asal yang diwartakan pada 1 April 2021 hingga 1 Ogos 2021, iaitu Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan tempatan Jangkitan) 2020.

Warta berkenaan juga menyebut perintah itu boleh dinamakan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelanjutan Kuat Kuasa) (No. 2) 2021.

Kelmarin, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberitahu Dewan Rakyat, kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk melanjutkan tempoh Proklamasi Darurat, yang tamat pada 1 Ogos ini.

Kerajaan turut membatalkan enam ordinan yang dibuat semasa Proklamasi Darurat, berkuat kuasa 21 Julai lalu. – K! ONLINE

Tags: perintah kawalan pergerakanProklamasi Darurat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

14 Lokaliti Di 3 Negeri Dikenakan PKPD

Next Post

Vaksin Sedia Ada Berkesan Lawan Varian Baharu Covid-19

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

Mahkamah Persekutuan Putuskan Keabsahan Proklamasi Darurat Dalam Masa Terdekat

Mahkamah Persekutuan Putuskan Keabsahan Proklamasi Darurat Dalam Masa Terdekat

14/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan dijangka memutuskan keabsahan proklamasi dan ordinan darurat yang diisytiharkan ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam...

Next Post

Vaksin Sedia Ada Berkesan Lawan Varian Baharu Covid-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd