• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yang Dipertua Dewan Negara, Dewan Rakyat Menghadap Agong

oleh
29/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa.

Kedua-dua mereka dipercayai memasuki Istana Negara melalui pintu 1 untuk sembah menghadap yang dijadualkan berlangsung pada jam 11 pagi.

Kehadiran mereka bagaimanapun tidak dapat dirakamkan lensa media yang berkampung di pintu 2 Istana Negara sejak jam 9 pagi lagi.

Sementara itu, di pintu 2 Istana Negara, media dimaklumkan turut masuk ke Istana Negara adalah Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dan Timbalan Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Manakala, belum ada sebarang pengesahan mengenai kehadiran Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Media sebelum ini melaporkan, pertemuan bersama Al-Sultan Abdullah dengan kedua-dua speaker adalah untuk berbincang mengenai pembukaan Parlimen sebelum tempoh darurat berakhir pada 1 Ogos ini.

Ini selepas Rais dan Azhar mencadangkan bahawa persidangan Parlimen secara hibrid boleh diadakan sekitar akhir Ogos ataupun minggu pertama September tahun ini.

Mereka juga mencadangkan agar satu Sidang Khas Parlimen diadakan pada awal Ogos tertakluk kepada syarat-syarat ketat pencegahan penularan Covid-19 yang dikuatkuasakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan pula kemudiannya memaklumkan kerajaan belum memutuskan kaedah Parlimen yang akan bersidang secara fizikal atau hibrid.

Beliau berkata, kaedah hibrid ialah pilihan sekiranya Parlimen tidak boleh dilakukan secara fizikal.

Untuk rekod, Pada 12 Januari lalu, Al-Sultan Abdullah mengisytiharkan agar Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal sebagai langkah proaktif untuk membendung pandemik Covid-19. – Sinar Harian

Tags: Timbalan SpeakerYang di-Pertuan AgongYang Dipertua Dewan Rakyat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi menyifatkan pemecatan beliau oleh Parti...

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sempena Sambutan Ulang Tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd