• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vaksin Di Selangor Ditingkat, Lebih Banyak PPV Mega Dibuka

oleh
09/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengagihan vaksin Covid-19 di Selangor akan ditingkatkan sebanyak 25 peratus termasuk pembukaan lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berskala besar bagi menampung populasi penduduk di negeri itu. 

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, pengagihan vaksin ke negeri itu ketika ini pada kadar 17 peratus daripada penghantaran seluruh negara. 

“Kita mengambil maklum, populasi di Selangor yang berusia 18 tahun ke atas berbanding keseluruhan populasi seluruh negara adalah lebih 20 peratus. 

“Setakat ini, penghantaran vaksin minggu ini adalah 17 peratus daripada penghantaran seluruh negara, disebabkan itu CITF (Badan Bertindak Imunisasi Covid-19) membuat keputusan untuk meningkatkan kapasiti di Selangor supaya lebih banyak vaksin dapat dihantar,” katanya dalam sidang media mingguan perkembangan PICK bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di sini, hari ini.

Selain itu, Khairy berkata, CITF mengambil maklum titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam untuk memastikan tumpuan lebih diberikan untuk mengawal penularan pandemik Covid-19 di negeri itu. 

“CITF ambil maklum titah Sultan Selangor semalam untuk memastikan kita memberi tumpuan lebih untuk mengawal penularan pandemik di Selangor dan beri keutamaan khas kepada negeri yang mempunyai populasi yang paling tinggi ini. 

“Perancangan ini sudah dilakukan sejak beberapa minggu lalu dengan pembukaan lebih banyak PPV dan akan meningkatkan pengagihan penghantaran vaksin kepada Selangor pada kadar 25 peratus, dan jumlah ini akan ditambah selepas kita menerima bekalan tambahan vaksin bulan depan,” katanya. 

Semalam, Sultan Sharafuddin menzahirkan kekecewaan baginda apabila Selangor hanya menerima 615,210 dos vaksin Covid-19 sehingga 1 Jun lalu dan bukan 2.9 juta seperti didakwa sebelumnya. 

Selain itu, Khairy turut mengesahkan CITF membuka beberapa PPV berskala besar untuk membendung wabak Covid-19 di Selangor. 

“Antara PPV berskala besar yang dibuka di Pusat Konvensyen Setia Alam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam dan beberapa lagi PPV mega yang akan dibuka di Selangor dalam masa terdekat.

“Selain itu, ada juga terdapat penduduk Selangor yang beralamat di Kuala Lumpur (KL), sebab itu data keseluruhan di Selangor ada yang bercampur aduk dengan data KL,” katanya. – myMetro Online

Tags: PICKPPVselangorvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

30/03/2026
0

BANGI - Isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa...

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

13/01/2026
0

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Sahibus Samahah Mufti Selangor menzahirkan pendirian tegas menentang sebarang bentuk penganjuran, sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd