• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Unjuran KDNK 2021 Disemak Semula – Mustapa

oleh
08/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – Kerajaan dijangka menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 6.0 dan 7.5 peratus bagi 2021 yang dibuat sebelum ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, ini kerana sasaran pertumbuhan KDNK tersebut dijangka tidak dapat dicapai berikutan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh pada masa ini.

“Sebelum ini, kita menganggarkan (sasaran pertumbuhan KDNK) antara 6.0 dan 7.5 peratus. (Namun), sudah pasti ia (Sekatan Pergerakan Penuh) memberi kesan kepada ekonomi. Sekarang, kita dalam proses mengumpul maklumat.

“Apa yang pasti ialah anggaran yang dibuat sebelum ini tidak akan tercapai. Cuma berapa peratus kurang masih dalam perbincangan,” katanya ketika ditemui selepas meninjau program capaian bersama masyarakat orang asli di Kampung Sungai Rual, di sini pada Sabtu.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata, kerajaan turut menjangka kesan ekonomi akibat Sekatan Pergerakan Penuh yang dilaksanakan ketika ini tidak akan menyebabkan kerugian yang besar seperti pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 pada tahun lepas.

“Kesan kepada ekonomi pasti berlaku walaupun ada sektor dibuka dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh pada masa ini. Namun, kesan tidak seteruk (semasa PKP 1.0) sehingga mencatat kerugian RM2.4 bilion sehari,” katanya.

Sekatan Pergerakan Penuh fasa pertama yang bermula 1 Jun hingga 14 Jun adalah sebagai langkah untuk melandaikan semula keluk penularan Covid-19 yang kembali melonjak sejak awal April lepas. – BERNAMA

Tags: KDNKMustapa MohamedSekatan Pergerakan Penuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Apakah Anak-Anak Einstein Sebijak Bapa Mereka?

Next Post

3 Lagi Program ‘Outreach’ Galak Penduduk Jeli Terima Vaksin

Related Posts

‘Jurang Ketidakseimbangan Antara Negeri Mesti Dirapatkan’

‘Jurang Ketidakseimbangan Antara Negeri Mesti Dirapatkan’

09/08/2023
0

BANGI: Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan perlu sejajar dalam usaha merapatkan jurang ketidakseimbangan ekonomi antara negeri yang melebar....

Kerajaan Tekad Kurangkan Defisit Fiskal 3.2 Peratus Pada 2025 – PM

Kerajaan Tekad Kurangkan Defisit Fiskal 3.2 Peratus Pada 2025 – PM

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad mengawal paras hutang negara di bawah pentadbirannya. Ikuti Mynewshub: Telegram Katanya, kawalan...

Next Post

3 Lagi Program 'Outreach' Galak Penduduk Jeli Terima Vaksin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd