• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Unjuran 4,000 Kes COVID-19 Menjelang Hujung Bulan Ini

oleh
14/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Unjuran setakat semalam menunjukkan kadar penularan harian berupaya susut hingga ke paras bawah 4,000 kes, menjelang penghujung bulan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata unjuran itu mampu dicapai sekiranya masyarakat terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan kadar kebolehjangkitan atau Rt kurang dari 0.9.

“Kadar kebolehjangkitan COVID-19 pada jangkaan mengikut kes harian pada 13 Jun (semalam) untuk seluruh negara ialah 0.91,” katanya menerusi akaun Twitter rasminya, @DGHisham, semalam.

Menerusi graf yang dikongsikan Kementerian Kesihatan (KKM), Rt mula merekodkan penyusutan apabila turun dari 1.16 pada 29 Mei lalu kepada 1.12, keesokan harinya.

Perangkaan itu terus berkurang saban hari hingga mencecah paras terendah, iaitu 0.9 kelmarin, sebelum meningkat sedikit kepada 0.91 semalam, hasil pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau ‘total lockdown’ sejak 1 Jun lalu.

Jika dibandingkan dengan Rt berkadar 0.91 di seluruh negara, beberapa negeri dilihat masih mencatatkan perangkaan lebih tinggi seperti Wilayah Persekutuan Labuan iaitu 1.12, Sabah (1.1), Negeri Sembilan (1.03), Sarawak (1), Wilayah Persekuan Kuala Lumpur (0.99), Johor (0.97), Selangor (0.96), Melaka (0.94), Perak (0.93) dan Pulau Pinang (0.92).

Negeri seperti Perlis pula mencatatkan Rt terendah dan di bawah paras kebangsaan iaitu 0.78, selain Kelantan (0.79), Kedah (0.83), Pahang (0.87) dan Terengganu (0.83). – BH Online

Tags: Covid-19KKMR-naught
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd