• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuan Ibrahim Tiba Di Istana Negara

oleh
10/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kenderaan membawa Timbalan Presiden PAS yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat memasuki Istana Negara pada jam 10.22 pagi tadi.

Maklumat dari sumber mengatakan beliau dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi.

Beliau merupakan pemimpin kedua daripada Kerajaan yang sembah maklum kepada Al-Sultan Abdullah selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Selain beliau, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad juga dijadual menghadap Seri Paduka Baginda hari ini.

Beliau dijangka sembah maklum pada jam 2.30 petang disusuli Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dijadual sembah maklum pada jam 3.30 petang.

Difahamkan, Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili juga dijadual menghadap pada waktu pagi, namun sehingga jam 10.30, masih belum kelihatan kelibat beliau atau wakil daripada parti tersebut.

Berdasarkan kenyataan daripada beberapa pemimpin semalam, sembah maklum yang masuk hari kedua hari ini dijangka membincangkan perkara sama.

Antara perkara dibangkitkan termasuklah mengenai proklamasi darurat, ekonomi dan penularan Covid-19.

Sejak dari jam 8.00 pagi, petugas media sudah mula berkumpul di Pintu 2 Istana Negara namun lokasi sedikit jauh berbanding semalam, kira-kira 100 meter dari pagar.

Menurut pesanan ringkas diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), media diarahkan untuk berpindah atas arahan daripada Istana Negara. – Sinar Harian

Tags: Istana NegaraPASTuan Ibrahim Tuan ManYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd