• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tegas Jika Berhimpun Rabu Ini

oleh
28/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan tular video mengajak orang ramai berkumpul di beberapa lokasi Rabu ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, polis mengesan sebuah video berdurasi dua minit 40 saat yang disebarkan melalui media sosial, mengajak orang ramai untuk berkumpul di beberapa lokasi pada jam 12 tengah hari Rabu ini.

Menurutnya, polis ingin mengingatkan masyarakat bahawa SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai pergerakan dan penganjuran aktiviti sosial masih berkuat kuasa.

“Justeru, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), ke atas mana-mana pihak yang dikesan melanggar SOP MKN dengan menganjur atau menyertai sebarang perhimpunan dalam fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Orang ramai dinasihati untuk tidak menyebarkan apa jua bahan yang boleh mengajak orang ramai melanggar SOP MKN, yang mana boleh mengakibatkan penularan wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zainal berkata, polis juga meminta orang ramai terus mematuhi SOP dan bersama-sama memainkan peranan dalam usaha kerajaan untuk melandaikan keluk penularan wabak Covid-19. – myMetro Online

Tags: aktiviti sosialberhimpunberkumpullanggar SOP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lapan Lelaki Berhimpun Sokong LGBTQ Depan Sogo Ditahan

Lapan Lelaki Berhimpun Sokong LGBTQ Depan Sogo Ditahan

31/07/2023
0

KUALA LUMPUR: Lapan lelaki yang berhimpun di hadapan pusat beli belah SOGO di sini, Sabtu lalu bagi menyokong hak golongan...

Orang Asli Berhimpun Di Putrajaya, Bantah Empangan Nenggiri

08/06/2022
0

Susulan tindakan, ratusan Orang Asli dari seluruh pelusuk kampung di bawah 17 wilayah di Gua Musang, Kelantan yang turun ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd