• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Amaran, Terus Tangkap Individu Berkumpul Esok

oleh
29/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis Johor memberi amaran akan terus menahan individu atau kumpulan yang berkumpul di mana-mana lokasi di negeri ini yang dijadualkan tengah hari esok. 

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata tiada lagi amaran bersurai diberikan, sebaliknya tindakan tangkapan akan terus dilakukan esok. 

Katanya, Polis Johor juga sudah menggerakkan semua elemen keselamatan termasuk kawalan bersesuaian. 

“Siapa berkumpul tengah hari esok, kita akan terus tangkap. Zaman PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) nak berkumpul buat apa, baik duduk rumah.

“Polis Johor sudah ambil langkah awal memantau. Kalau ada mana-mana individu atau kumpulan yang berkumpul kita akan terus ambil tindakan. Tiada lagi nak beri amaran, kumpul sahaja, kita akan terus tangkap,” katanya ketika dihubungi.

Ayob Khan mengulas video berdurasi dua minit 40 saat yang tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi video itu, seorang individu memakai topeng muka mengajak orang ramai berhimpun bagi membantah pelaksanaan PKP menerusi ‘operasi’ dikenali sebagai Black Democracy.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan peserta perhimpunan susulan tular satu rakaman video mengajak orang ramai berhimpun pada jam 12 tengah hari di beberapa lokasi, esok.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, dilaporkan berkata pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas mereka yang dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – BH Online

Tags: berhimpunberkumpullanggar SOPPolis Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelajar Ke Luar Negara Boleh Mohon Vaksinasi Awal

Next Post

Selangor Terima Jumlah Vaksin Tertinggi Bulan Julai

Related Posts

Lapan Lelaki Berhimpun Sokong LGBTQ Depan Sogo Ditahan

Lapan Lelaki Berhimpun Sokong LGBTQ Depan Sogo Ditahan

31/07/2023
0

KUALA LUMPUR: Lapan lelaki yang berhimpun di hadapan pusat beli belah SOGO di sini, Sabtu lalu bagi menyokong hak golongan...

Orang Asli Berhimpun Di Putrajaya, Bantah Empangan Nenggiri

08/06/2022
0

Susulan tindakan, ratusan Orang Asli dari seluruh pelusuk kampung di bawah 17 wilayah di Gua Musang, Kelantan yang turun ke...

Next Post

Selangor Terima Jumlah Vaksin Tertinggi Bulan Julai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd