• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Berangkat Ke Istana Negara

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan berangkat ke Kuala Lumpur, bagi menghadiri Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara, hari ini.

Keberangkatan Sultan Johor itu dimuat naik dalam akaun rasmi Facebook baginda hari ini. 

Muat naik berkenaan menyatakan, perbincangan khas Majlis Raja-Raja itu akan memperhalusi pandangan yang dikemuka oleh pemimpin parti politik kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, sejak 9 Jun lalu. 

Ini mengenai usaha memerangi penularan jangkitan wabak COVID-19 serta pelaksanaannya ketika tempoh Darurat.

BH sebelum ini melaporkan Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu dijadualkan berlangsung di Istana Negara, petang ini.

Ini selepas 18 ketua parti politik selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong sejak minggu lalu.

Sesi menghadap baginda di Istana Negara dimulakan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu lalu diikuti Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu. – BH Online

Tags: Istana NegaraMajlis Raja-RajaSultan Ibrahim Sultan IskandarSultan Johor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pembangkang Junjung Titah Majlis Raja-Raja, Selesai Kemelut Takhta Negeri Sembilan Ikut Perundangan Serta Adat Yang Sah

Pembangkang Junjung Titah Majlis Raja-Raja, Selesai Kemelut Takhta Negeri Sembilan Ikut Perundangan Serta Adat Yang Sah

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Pembangkang menjunjung titah Majlis Raja-Raja supaya kemelut melibatkan institusi takhta Negeri Sembilan diserahkan kepada pihak berautoriti untuk...

Pemangku Sultan Johor Tunaikan Solat Sunat Aidiladha Bersama Rakyat

Pemangku Sultan Johor Tunaikan Solat Sunat Aidiladha Bersama Rakyat

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat di Masjid...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd