• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Alami Tekanan Perasaan Kurung Isteri, 2 Anak

oleh
22/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Bomba menyelamatkan seorang wanita dikurung suaminya yang dipercayai mengalami tekanan, di rumah mereka di Taman Nusa Intan, Senawang di sini, malam tadi.

Turut diselamatkan dua anak pasangan itu yang berusia setahun dan empat bulan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Senawang, Zainurin Sarip, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada 8.51 malam dan tiba di kediaman berkenaan sembilan minit kemudian.

Katanya, lelaki berusia 31 tahun yang kehilangan pekerjaan sebagai jurujual kereta sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu, dipercayai mengurung isteri dan dua anaknya sejak pagi.

“Kami mendapat laporan seorang lelaki yang mengalami tekanan perasaan, bertindak mengunci pagar, jeriji dan pintu belakang rumahnya dari dalam.

“Pada mulanya, kami cuba memujuk lelaki berkenaan, dia tidak mahu beralah malah pujukan abang kandungnya dari Mambau juga tidak berjaya.

“Selepas 15 minit, kami terpaksa mengumpil pintu pagar dan jeriji serta memotong kunci mangga rumah berkenaan serta menyelamatkan isteri dan dua anaknya. Mereka dihantar ke rumah jiran terdekat sebagai langkah keselamatan,” katanya di sini, hari ini.

Berdasarkan maklumat mangsa, suaminya dilihat mula berubah selepas hilang pekerjaan dan tekanan dialami memuncak sejak beberapa hari lalu, sehingga bertindak merosakkan telefon bimbit wanita itu.

“Tindakan itu dipercayai bertujuan tidak membenarkan isteri berhubung dengan dunia luar. Malah, makanan yang dihantar oleh penghantar makanan ditempah isteri, diletakkan di pagar rumah juga tidak berusik,” katanya.

Zainurin berkata, tiada sebarang kejadian tidak diingini atau kecederaan berlaku ketika operasi menyelamat itu.

Lelaki terbabit diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum dibawa ke rumah abang kandungnya di Mambau. – BH Online

Tags: BombaSuami Isteritekanan perasaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd