• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidang Khas Parlimen Dijangka Diadakan Secara Bersemuka

oleh
29/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sidang Khas Parlimen akan diadakan dalam masa terdekat dan dijangka dilakukan secara bersemuka. 

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, persidangan Parlimen kali ini bukan persidangan yang lazimnya diadakan mengikut jadual penggal sebaliknya diadakan bagi membincangkan isu Covid-19 dan masalah rakyat. 

Katanya, persidangan Parlimen mengikut penggal memerlukan notis 28 hari dikeluarkan sebelum sesuatu persidangan boleh bermula.

“Ini bukan sidang Parlimen biasa kerana Sidang Khas Parlimen kali ini akan dibuka sesegera mungkin dalam masa terdekat. 

“Sidang Khas Parlimen kali ini dijangka akan diadakan secara bersemuka, namun perinciannya masih belum dimuktamadkan. Ia akan dimuktamadkan dulu sebelum pengumuman rasmi dibuat.

“Oleh itu, petang ini Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun akan mengadakan mesyuarat secara hibrid bagi membincangkan isu ini bersama Jawatankuasa Pemandu,” katanya ketika dihubungi. 

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah dilaporkan sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin dengan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan kerajaan dan Parlimen.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dilaporkan berkata, ini bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat yang dikeluarkan dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Pagi tadi, Azhar Azizan serta Mohd Rashid dilaporkan menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara.

Turut menghadap pagi ini ialah yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim selain Timbalan yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said. – myMetro Online

Tags: Covid-19persidangan parlimensidang khas parlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd