• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selamatkah Vaksin Covid-19 Untuk Pesakit Kanser?

oleh
14/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kini semakin rancak dengan lebih ramai individu tampil mendaftarkan diri untuk menerima suntikan vaksin itu.

Setakat 5 Jun lalu, hampir 13 juta individu sudah berdaftar, berbanding 9.89 juta penduduk pada 6 Mei, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19.

Pada masa ini, fasa dua program sedang dilaksanakan membabitkan pemvaksinan warga emas dan kelompok komorbiditi (golongan yang menghidapi dua atau lebih penyakit) termasuk pesakit kanser.

Bagaimanapun ketidakpastian tentang keselamatan vaksin terhadap pesakit yang sedang menjalani rawatan kanser menyebabkan ramai antara mereka yang enggan mendaftarkan diri bagi menerima suntikan vaksin Covid-19.

Kebimbangan utama mereka ialah vaksin itu mungkin mengganggu rawatan kanser mereka dan meningkatkan risiko mereka mengalami komplikasi kesihatan yang lain.

Perunding pakar radioterapi dan onkologi Mahkota Medical Centre Dr Chong Kwang Jeat bagaimanapun menyangkal perkara itu dan menegaskan bahawa vaksin Covid-19 selamat dan tidak ada bukti menunjukkan vaksin berkenaan tidak selamat untuk penghidap kanser.

Malah, pesakit lebih selamat sekiranya mengambil vaksin itu bagi melindungi diri daripada jangkitan Covid-19. Ini kerana beberapa kajian yang dijalankan pakar perubatan di negara-negara seperti China, Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Itali baru-baru ini merumuskan “kesan buruk terhadap pesakit kanser yang dijangkiti Covid-19 berbanding mereka yang tidak menghidapi penyakit.”

“Berdasarkan rumusan itu, penghidap kanser lebih berisiko mengalami jangkitan Covid-19 yang teruk dan memerlukan rawatan di unit rawatan rapi,” kata Dr Chong dalam temu bual dengan Bernama, dan menambah bahawa risiko kematian bagi penghidap kanser yang dijangkiti Covid-19 ialah 15 hingga 30 peratus. 

Beliau berkata keadaan itu dikesan khususnya dalam kalangan penghidap kanser berkaitan darah yang terimunokompromi (keadaan sistem imun defektif yang mengakibatkan timbulnya gejala penyakit), atau barah paru-paru atau penghidap kanser aktif atau tahap akhir yang sedang menjalani rawatan, serta mereka yang tergolong sebagai komorbiditi seperti penghidap diabetes, hipertensi, penyakit jantung, masalah buah pinggang dan obesiti.

Bagi menangani isu pesakit kanser keberatan divaksinasi, Dr Chong berkata amat penting orang ramai dididik tentang faedah besar vaksin serta kepentingannya menerusi medium media arus perdana dan media sosial.

Ada keperluan mendesak untuk memupuk keyakinan dan kesedaran orang awam menerusi advokasi oleh tokoh terkenal dan pakar penjagaan kesihatan serta mengekang penularan maklumat mengelirukan mengenai vaksin, terutamanya yang disebarkan melalui media sosial.

“Orang ramai perlu tahu risiko ketiadaan vaksinasi ke atas kelompok besar yang berpotensi mencetuskan ‘tsunami’ kes Covid-19 yang akan memudaratkan sistem penjagaan kesihatan kita.

“Kita juga perlu menekankan bahawa apabila seseorang itu menerima vaksin, dia bukan sahaja melindungi dirinya tetapi juga orang di sekelilingnya serta masyarakat amnya. Tidak ada siapa yang selamat sehinggalah semua orang selamat,” tambah Dr Chong.

Dr Chong juga berkata data yang mengaitkan risiko Covid-19 yang lebih tinggi terhadap pemandiri kanser (mereka yang sembuh daripada kanser) juga bercampur.

“Hal ini disokong oleh kajian di Britain baru-baru ini yang menunjukkan kemoterapi dalam tempoh 12 bulan terkini dikaitkan dengan jangkitan yang teruk serta kematian akibat virus itu, khususnya bagi mereka yang menerima rawatan yang menjejaskan sistem imun mereka. 

“Bagaimanapun, kajian lain daripada AS, Kanada, Sepanyol dan UK tidak menunjukkan impak besar ke atas kemoterapi yang terkini,” jelasnya.

Mengenai keperluan pesakit kanser meneruskan rawatan semasa penularan pandemik Covid-19 berikutan risiko lebih tinggi untuk mereka dijangkiti penyakit itu, Dr Chong berkata setiap kes adalah berbeza, justeru pesakit perlu membincangkan perkara tersebut dengan pakar onkologi yang merawat mereka untuk meneliti sama ada rawatan berkenaan boleh diubah suai.

“Prinsip panduan ialah meneruskan rawatan kanser sambil mengurangkan risiko penghidap dijangkiti Covid-19 kerana pengabaian mana-mana satu aspek ini boleh menyebabkan kesan yang lebih serius,” katanya. 

Katanya, doktor boleh mengubah suai rawatan kanser seperti menggantikan rawatan imunosupresif seperti kemoterapi dengan rawatan hormon bagi sesetengah kes barah payu dara atau mengurangkan kekerapan dan/atau durasi kemoterapi, serta menggunakan kemoterapi oral berbanding suntikan intravena atau infusi yang memerlukan lebih banyak kunjungan hospital. 

“Bagi sesetengah pesakit, doktor boleh memendekkan durasi radioterapi dan mengurangkan kekerapan rawatan susulan bagi kes yang tidak mendesak,” katanya, menambah untuk yang tidak dapat hadir di hospital, mereka boleh memilih konsultasi dalam talian dan ubat-ubatan dihantar ke rumah. – BERNAMA

Tags: kanservaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

19/07/2024
0

PUTRAJAYA - Waris dan pesakit kanser yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, berpeluang untuk mendiami Rumah...

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd