• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekatan Pergerakan Penuh Bermula Hari Ini

oleh
01/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perhatian! Jika anda keluar rumah untuk membeli barang keperluan hari ini, pastikan pergerakan anda tidak melebihi radius 10 kilometer (km) dari kediaman atau anda akan diarah berpatah balik. 

Itu antara sekatan yang berkuat kuasa sepanjang tempoh 14 hari sekatan pergerakan penuh fasa pertama yang bermula hari ini hingga 14 Jun, sebagai langkah untuk melandaikan semula keluk penularan COVID-19 yang kembali melonjak sejak awal April lepas.

Seperti yang diumumkan kerajaan pada Ahad, sepanjang tempoh sekatan itu, semua aktiviti sosial adalah dilarang dan bagi sektor ekonomi pula hanya sebahagian kecil sahaja dibenarkan beroperasi.

Selain pergerakan hanya dalam lingkungan radius itu atau lokasi yang terhampir dengan kediaman jika terpaksa melebihi radius, kapasiti di dalam kenderaan persendirian juga terhad kepada dua orang isi rumah termasuk pemandu manakala bagi tujuan perubatan maksimum tiga orang termasuk pesakit.

Larangan merentas negeri dan daerah yang dikuatkuasakan sebelum ini juga kekal, malah larangan itu turut terpakai bagi pasangan jarak jauh (PJJ), kecuali membabitkan kes kecemasan seperti kematian serta ahli keluarga sakit, nazak dan sebagainya yang dibenarkan oleh Polis Diraja Malaysia.

Dalam tempoh itu, 80 peratus penjawat awam dan 60 peratus petugas sektor swasta diarahkan bekerja dari rumah manakala untuk surat kebenaran bekerja bagi sektor terlibat, sebuah pusat sehenti diwujudkan yang diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi mengeluarkan surat berkenaan.

Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu khuatir kerana restoran; gerai dan outlet makanan; dobi (termasuk layan diri); kedai penjagaan dan makanan haiwan; kedai cermin mata dan barang optik; kedai hardware (barangan logam); bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti; e-dagang (semua kategori produk) serta pemborongan dan pengedaran (semua kategori produk perkhidmatan perlu sahaja) dibenarkan beroperasi.

Pergerakan individu yang mempunyai urusan mendapatkan vaksin COVID-19 juga tidak memerlukan kebenaran polis sebaliknya hanya perlu menunjukkan maklumat janji temu dalam aplikasi MySejahtera.

Jadi, jalankan tanggungjawab kita – duduklah di rumah dan jika terpaksa keluar rumah atas urusan harian, penting atau kecemasan, patuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Hanya kita boleh jaga kita! – BERNAMA

Tags: Covid-19perintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Surat MITI Perlu Miliki Kod QR

Next Post

Ulasan Najib Terhadap Insentif PM 8

Related Posts

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Next Post

Ulasan Najib Terhadap Insentif PM 8

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd