• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Masih Menteri Besar Yang Sah” – Ahmad Samsuri

oleh
10/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – “Saya masih menteri besar yang sah,” kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam nada berseloroh. 

Ahmad Samsuri berkata demikian ketika mengulas spekulasi yang mengatakan beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang kononnya tersepit dengan pihak istana serta wujud usaha daripada dalam PAS untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar (MB). 

Ahmad Samsuri berkata, tidak timbul isu mengenai pertukaran MB dan menyerahkan isu berkenaan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. 

“Kalau pasal itu, saya bangun (pagi masih) MB lagi walaupun ada gambar 10 (individu) jadi MB, bertukar setiap jam. 

“Setakat ini, masih MB yang sah (dan) tak timbul lagi apa-apa isu, biar polis jalankan siasatan,” katanya ketika ditemui selepas melawat keluarga mangsa kebakaran di Kampung Losong Haji Su di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai dakwaan wujudnya perpecahan dalam PAS Terengganu, Ahmad Samsuri mengingatkan orang ramai supaya berhenti menyebarkan fitnah. 

“Saya pun hairan, orang tak ingat api neraka dan dia buat fitnah. 

“Jadi, saya nak seru orang ramai, ingat sikit sebab buat fitnah itu api neraka ada dan kita ini hidup lama (akan) mati juga,” katanya. 

Media sebelum ini melaporkan Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhyiddin Abdul Rashid membuat laporan polis berhubung artikel yang disiarkan sebuah portal yang disifatkan sebagai fitnah pada Selasa lalu. 

Antara dakwaan yang disiarkan dalam artikel itu adalah MB Terengganu kini tersepit dengan pihak istana serta wujud usaha daripada dalam PAS untuk mengambil alih jawatan MB.

Satu borang “surat akuan berkanun” sudah disediakan untuk membolehkan Adun Terengganu menandatanganinya bagi menyatakan kesediaan mereka menolak Ahmad Samsuri sebagai menteri besar. – myMetro Online

Tags: Ahmad samsuri mokhtarmenteri besar terengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Cuma Mampu Berdoa Mereka Ke Neraka Atau Mereput Dalam Penjara’

‘Cuma Mampu Berdoa Mereka Ke Neraka Atau Mereput Dalam Penjara’

23/01/2024
0

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, menafikan ada terbabit dengan mana-mana skim pelaburan seperti yang...

‘Saya Tak Boleh Bagi Hint’, Tunggu Esok’ – Samsuri

‘Saya Tak Boleh Bagi Hint’, Tunggu Esok’ – Samsuri

12/10/2022
0

Kuala Terengganu : Teka-teki pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri diterajui Pas iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah dijangka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd