• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Lebih Banyak Beli Dalam Talian Semasa Pandemik

oleh
07/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kaji selidik terbaharu Juwai IQI mengenai Covid-19 mendapati 57 peratus daripada rakyat Malaysia lebih banyak membeli belah dalam talian berbanding sebelum pandemik yang sekali gus membantu melonjakkan urus niaga dalam talian di negara ini.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Juwai IQI Group, Kashif Ansari dalam satu kenyataan hari ini berkata, Lazada Malaysia mencatatkan kenaikan 300 peratus bilangan penjual baharu dalam talian.

“Bank Negara Malaysia berkata jualan runcit dalam talian meningkat hampir berganda semasa pandemik dan data kami menunjukkan lebih ramai pengguna berbelanja dalam talian berbanding setahun lalu,” katanya. 

Kashif berkata, pertambahan aktiviti membeli belah dalam talian itu selari dengan perkembangan pesat bahagian-bahagian ekonomi lain yang membawa kepada peningkatan pembayaran tanpa tunai, penggunaan aplikasi super dan penembusan internet mudah alih. 

“Peruncit dan pengeluar meningkatkan kehadiran mereka dalam talian agar mereka boleh menjual kepada pengguna yang banyak membeli menerusi telefon mudah alih mereka berbanding membeli secara bersemuka. 

“Ia turut berlaku dalam sektor hartanah, yang biasanya dianggap sebagai industri yang paling jarang berurus niaga dalam talian. Pembeli kini boleh melakukan hampir keseluruhan urus niaga tanpa perlu keluar dari rumah mereka,” katanya.

Menurutnya, kaji selidik itu juga mendapati 68 peratus rakyat Malaysia mahu kembali bekerja di pejabat atau di tempat kerja lain sekurang-kurangnya dua hari seminggu pasca pandemik.

Kashif berkata, meskipun kesukaran yang dihadapi ketika ini, 71 peratus rakyat Malaysia percaya kehidupan di negara ini akan kembali normal menjelang akhir 2022. 

“Namun bukan semua orang optimis. Sejumlah 17 peratus responden menjangka kita hanya akan dapat kembali kepada kehidupan normal pada 2023 manakala sebilangan kecil menjangkakan ia melangkaui 2023,” katanya. – BERNAMA

Tags: dalam talianmembeli belahpandemik COVID-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Dominasi Pendaftaran Ahli Baharu UMNO, Catat 6,560 Keahlian

Johor Dominasi Pendaftaran Ahli Baharu UMNO, Catat 6,560 Keahlian

26/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan tahniah kepada Johor yang mencatat jumlah pendaftaran ahli...

21,858 Bekas Ahli Dan Ahli Baharu Sertai UMNO

21,858 Bekas Ahli Dan Ahli Baharu Sertai UMNO

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – UMNO merekodkan kemasukan seramai 21,858 ahli baharu serta bekas ahli yang kembali menyertai parti itu dalam tempoh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd