• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPV Mega SNBJ Beri Keselesaan Suntik Vaksin COVID-19

oleh
22/06/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega yang dijangka mampu menampung hingga 10,000 suntikan sehari, memudahkan warga kota mengambil pelalian.

Ini adalah satu lagi usaha kerajaan untuk meningkatkan pencapaian Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan mencapai Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Ahad lalu.

Beroperasi semalam, ruang parkir yang banyak serta akses mudah pengangkutan awam menjadikan SNBJ antara PPV mega yang ditunggu-tunggu pembukaannya.

Ramai menganggap PPV SNBJ selesa dan kelancaran proses suntikan daripada mula hingga selesai, sekali gus banyak membantu mempercepatkan pelaksanaan PICK bagi negara mencapai imuniti kelompok.

Masa untuk mendaftar masuk, sesi rundingan dengan doktor begitu lancar hingga tidak terasa menunggu dalam barisan serta kekal dengan pematuhan jarak fizikal satu meter.

Tinjauan semalam mendapati orang ramai yang menerima suntikan puas hati dengan kelancaran proses, kemudahan parkir yang luas serta kemudahan pengangkutan awam.

Pembukaan PPV mega berkenaan adalah sebahagian usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan (KKM) dalam PICK melalui penggunaan fasiliti awam secara optimum. – BH Online

Tags: PPVStadium Nasional Bukit Jalilvaksin covid-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Warga Nepal Diberkas Ceroboh Inap Desa

SNBJ Bakal Jahanam Lagi?

24/02/2024
0

Kuala Lumpur: Sejarah mungkin berulang apabila gelanggang keramat skuad Harimau Malaya iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sekali lagi 'dihenyak'...

Final Piala Malaysia: Padang SNBJ Belum Bersedia?

Final Piala Malaysia: Padang SNBJ Belum Bersedia?

04/12/2023
0

PETALING JAYA – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mendapat kritikan hebat selepas keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) masih belum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd